
Gambar tangkap layar dari video kejadian yang tular di media sosial.
KUCHING: Sebuah kereta dikatakan terlajak masuk ke lobi sebuah pusat beli-belah di pusat bandar raya ini selepas pemandunya dikatakan tersalah masuk gear, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 9.30 pagi.
Menurutnya, pemandu kereta iaitu seorang wanita berusia 20 tahun semasa kejadian hendak meletakkan keretanya secara mengundur di tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut.
"Wanita tersebut mulanya hendak memarkirkan keretanya secara mengundur, tetapi tersalah masuk gear lalu terlajak ke hadapan dan melanggar pintu cermin," katanya ketika ditanya mengenai insiden tersebut.
Tambahnya, wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada mangsa lain semasa kejadian tersebut berlaku.
"Laporan trafik juga telah dibuat oleh wanita terbabit pada tengah hari tadi," katanya.
utusanborneo.com.my/2022/07/27
|