CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 467|Reply: 0

[Sarawak] Mesti serius tangani pencerobohan Laut China Selatan

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:45 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi melahirkan kebimbangan dengan sikap berdiam diri kerajaan khususnya Wisma Putra mengenai isu pencerobohan China di ruang udara dan perairan Malaysia di Laut China Selatan.

Beliau berkata, tindakan negara itu jelas mencabul kedaulatan negara ketika ini.
Menurutnya, isu pencerobohan sudah banyak diperkata khususnya oleh wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun berlarutan seperti tiada penyelesaian.



Abdul Yakub Arbi

Jelasnya, krisis ini sudah tidak boleh dipandang remeh mahupun sikap berdiam diri kononnya untuk menjaga hati segelintir pihak walaupun mencabul kepentingan dan kedaulatan negara.

"Saya rasa ini tidak betul, semakin hari semakin risau saya dengan pendekatan China di ruang udara dan perairan kita di Laut China Selatan. Apakah kita semua tidak nampak?

"Sejak 2021 lagi sudah ada laporan mendedahkan pesawat pejuang 'halimunan' China J-20 berlegar di ruang udara Laut China Timur dan Laut China Selatan untuk melakukan rondaan dan latihan rutin.

"Tindak tanduk ini juga sebenarnya boleh gugat industri perkapalan serta aktiviti nelayan. Nota bantahan perlu dilakukan melalui saluran diplomatik dengan segera," katanya dalam kenyataan media pada hari ini.

"Di sini, di Sarawak, kita boleh ambil pendekatan diplomatik secara proaktif agar China memahami kebimbangan para nelayan tempatan yang bergantung sumber rezeki laut.
"Fikirlah tentang rakyat kita juga, sehingga bila mahu kita berdiam diri seperti ini."

Abdul Yakub menegaskan, Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan perlu menggerakkan sebarang resolusi bagi mempertahankan kedaulatan tanah air khususnya keselamatan rakyat di Sabah dan Sarawak.

"Siri pencerobohan ruang angkasa dan maritim Borneo serta Pantai Timur Semenanjung yang berlaku selepas pandemik COVID-19 seolah-oleh memberi gambaran kerajaan tidak mempunyai pelan mitigasi serta pemulihan terhadap krisis ini yang cukup membimbangkan.

"Apa yang berlaku antara tentera udara China dan tentera kita memberi peringatan kepada kita tentang kesiapsiagaan negara kita untuk situasi seumpama ini. Adakah ini tidak membimbangkan kita?

"Sebenarnya Malaysia tidak bersendirian dalam pertikaian ini. Filipina, Vietnam dan Brunei semuanya telah mempertikai secara rasmi dalam konflik Laut China Selatan. Adalah jelas pendirian negara-negara ASEAN terhadap tindakan tidak berintegriti tentera China," ujarnya.

Beliau berkata, semua negara besar seperti China, Rusia dan Amerika Syarikat perlu faham dan tidak sesekali ambil kesempatan dengan mengadakan latihan ketentaraan di Laut China Selatan yang boleh mengundang provokasi, ancaman keselamatan dan akhirnya dilihat seperti zon perang.

"Hakikatnya semua perlu saling hormat menghormati kedaulatan negara di rantau ini dan janganlah ambil kesempatan kerana sememangnya rantau Laut China Selatan, sentiasa dalam keadaan aman serta selamat bagi kapal nelayan sebelum ini," tegasnya sambil menambah, Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 (2018) telah memberi amaran melalui angka pencerobohan sebanyak 89 kali bermula 2016 hingga 2019.


utusanborneo.com.my/2022/07/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041419 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list