CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 432|Reply: 0

[Sabah] Operasi Gasak Laut Roboh Bagang Haram Yang Semakin Bertambah Di Perairan Kudat

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:56 AM | Show all posts |Read mode


Ini adalah antara ratusan bagang yang digunakan untuk menangkap ikan bilis. – Foti hiasan

KOTA KINABALU, 26 Julai : Pemantauan pihak berkuasa mendapati bagang atau platform menangkap ikan di pesisir pantai yang dibina secara haram semakin bertambah di kawasan perairan Kudat, kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Hamzah Ahmad.

Beliau berkata situasi itu dibimbangi akan menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara serta kesejahteraan masyarakat khasnya di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Justeru katanya ESSCOM akan melaksanakan Operasi GASAK Laut (Bagang) secara bersepadu melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah bagi merobohkan bagang itu.

Operasi pada Khamis ini (28 Julai) akan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 48 (1)(j) Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 (Pindaan 2007), Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 dan undang-undang lain yang berkaitan, katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahmad berkata pihak penguatkuasa Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah akan mengeluarkan Notis Pengosongan dan Perobohan ke atas bagang-bagang haram semasa operasi dilaksanakan.

“Mana-mana individu atau pihak lain yang mempunyai bagang haram di sepanjang perairan pantai timur Sabah adalah dinasihatkan untuk segera mengosong dan merobohkan struktur berkenaan sebelum pihak  berkuasa mengambil tindakan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan struktur atau bagang haram boleh di perairan Esszone melaporkan segera ke Pusat Operasi ESSCom di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072. – BERNAMA


sabahpost.net/2022/07/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.038311 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list