CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 0

[Sarawak] Peluang menangi motosikal berharga RM11,600 di Festival Makanan Kuching

[Copy link]
Post time 28-7-2022 09:03 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pengunjung Festival Makanan Kuching 2022 yang bakal berlangsung pada 29 Julai hingga 21 Ogos berpeluang memenangi tiga buah motosikal menerusi cabutan bertuah.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata untuk menyertainya, orang ramai perlu mendaftar di pautan https://kuchingfestivals.com/ terlebih dahulu.

Jelasnya, sebaik sahaja mendaftar, kod bar automatik akan diberikan dan pengunjung perlu mengimbas kod berkenaan setiap kali masuk atau berkunjung ke ruangan pameran  di festival tersebut.

“Hadiah utama ialah motosikal jenis Wmoto Extreme 150i Std dengan harga RM11,600 manakala hadiah kedua adalah Wmoto ES125i  (RM5,650) dan hadiah ketiga adalah Wmoto WM110 (RM4,820). Hadiah tersebut merupakan tajaan Tay Motor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyerahan sumbangan daripada Magnum ENE (East Malaysia) Sdn Bhd untuk Festival Makanan Kuching 2022 di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini hari ini.

Magnum ENE (East Malaysia) Sdn Bhd menyumbangkan RM40,000 bagi menyokong penganjuran festival itu, dengan replika cek bagi sumbangan itu diserahkan oleh Pengurus Operasi Wilayahnya Liew Kee Chuan kepada Hong Seng.


sarawakvoice.com/2022/07/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040172 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list