CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 0

Klopp puji Nunez bantu Liverpool menang Perisai Komuniti

[Copy link]
Post time 31-7-2022 09:41 AM | Show all posts |Read mode


PENYERANG Liverpool, Darwin Nunez bersorak bersama trofi Perisai Komuniti selepas menewaskan Manchester City, malam tadi. FOTO EPA

Leicester: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp memuji penyerang baharu, Darwin Nunez apabila pemain antarabangsa Uruguay untuk memastikan kemenangan 3-1 ke atas Manchester City pada perlawanan Perisai Komuniti, malam tadi.

Liverpool menang perlawanan pembuka tirai musim baharu buat kali pertama sejak 2006 dengan kemenangan selesa ke anak anak buah Pep Guardiola di Stadium King Power.

Nunez dimasukkan pada minit ke-59 ketika kedudukan terikat 1-1 dan membantu mendapatkan sepakan penalti apabila bola tandukannya terkena tangan Ruben Dias, sebelum dia menanduk masuk gol ketiga pada masa kecederaan.

"Saya fikir Darwin sudah cemerlang walaupun tidak menjaringkan gol ketiga kerana penalti hasil hantaran Millie (James Milner) dan tandukannya," kata Klopp mengenai penyerang ditandatangani dengan harga 75 juta euros (RM341.31 juta) dari Benfica.

"Anda boleh lihat pada wajahnya, wajah rakan sepasukannya mengenai betapa gembiranya mereka terhadapnya dan ia adalah petanda baik selepas tempoh singkat dia bersama kami.

"Mungkin salah satu daripada perkara menarik perlawanan adalah kesan dibawa pemain daripada bangku simpanan.

"Pemain yang dimasukkan cepat berada dan menyesuaikan diri dengan perlawanan, sangat membantu."

Guardiola berkata, Liverpool bermula dengan lebih baik, tetapi pasukannya turut mencipta peluang untuk memenangi perlawanan.

"Tahniah kepada Liverpool. Bagi tempoh 15 hingga 20 minit pertama, mereka lebih baik. Selepas kami mendapat rendah, penguasaan hampir sama bagi 25 minit terakhir dan kami cuba menyerang apabila mereka memberikan ruang," kata Guardiola.

"Kami perlu meningkat. Masa belum cukup buat kami, terutama perlu berlatih pada bulan ini serta perlawanan untuk mendapatkan rentak, tetapi kami akan melakukannya."

Penyerang baharu City, Erling Haaland yang dibawa dari Borussia Dortmund dengan yuran perpindahan lebih 50 juta euros (RM227.54 juta), terlepas beberapa peluang menjarikan gol, tetapi Guardiola yakin pemain antarabangsa Norway itu akan menemui sentuhan gol dalam masa terdekat.

"Dia berjuang dengan baik dan melakukan banyak gerakan. Bagus untuk dia melihat realiti di negara baru dan liga baru," kata Guardiola.

"Dia berada dalam perlawanan. Hari ini, dia tidak menjaringkan gol, tetapi hari lain dia akan menjaringkan gol."



https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2022/07/866763/klopp-puji-nunez-bantu-liverpool-menang-perisai-komuniti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.042815 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list