CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

[Kelantan] Peniaga akur harga baharu minyak masak lima kilogram

[Copy link]
Post time 2-8-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode


Kota Bharu: Peniaga runcit di daerah ini bersedia untuk mematuhi arahan kerajaan yang menetapkan minyak masak botol lima kilogram pada harga RM34.70 bermula 8 Ogos ini.

Tinjauan yang dilakukan mendapati kebanyakan harga minyak masak botol lima kilogram antara RM41 sehingga RM46 ketika ini.

Peniaga Mohd Afiq Husin, 31, berkata dia akur dengan pelaksanaan arahan baru yang bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi.


"Sebelum ini pun saya menjual minyak masak botol pada harga lebih murah iaitu bawah RM30 untuk lima kilogram, namun ianya terputus bekalan sejak beberapa minggu lalu.

"Setakat ini, walaupun saya menjual minyak berkenaan pada harga bawah RM30, saya masih mendapat keuntungan sekali gus ia juga situasi menang-menang antara pembeli dan peniaga.

"Oleh itu, sekiranya kerajaan bakal menetapkan harga baharu minyak masak berkenaan bermula 8 Ogos ini, ia tidak menjejaskan perniagaan saya kerana tetap mampu memperoleh keuntungan," katanya ketika ditemui di Pintu Geng, di sini, hari ini.

Peniaga lain, Jaafar Abdul Wahib, 54, berkata penetapan harga baharu oleh kerajaan sekali gus dapat membendung tindakan peniaga yang mengambil kesempatan menjual minyak masak lima kilogram pada harga tidak masuk akal.

"Sekurang-kurangnya dengan adanya tindakan tegas daripada kerajaan, ia membuktikan kerajaan prihatin terhadap keresahan yang dihadapi oleh kerajaan.

"Saya juga berharap harga minyak masak dapat diturunkan dari semasa ke semasa dan kerajaan juga perlu membuat pemantauan sehingga dapat mengurangkan beban yang ditanggung pengguna," katanya.

Semalam, media melaporkan minyak masak sawit dalam botol lima kilogram (5kg) akan dijual pada harga RM34.70 bermula dari 8 Ogos.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata, harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan harga RM4,063 bagi bulan ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... masak-lima-kilogram

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.249905 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list