CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 566|Reply: 2

[Sarawak] Sarawak perlu tolak kemasukan anggota polis bermasalah

[Copy link]
Post time 3-8-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-8-2022 06:30 AM



SIBU: Sembilan anggota polis yang disiasat atas kes peras ugut di Gombak, Selangor perlu digantung tugas serta-merta dan tidak boleh dibenarkan bertugas di mana-mana negeri di Malaysia.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Michael Tiang berkata, Sarawak mengalu-alukan keputusan untuk memindahkan lebih ramai anggota polis ke Sarawak untuk bertugas, bagaimanapun pemindahan pegawai yang bermasalah ini ke sini sama sekali tidak boleh diterima.

“Hentikan memilih Sarawak sebagai medan baharu bagi anggota polis yang bermasalah dengan memindahkan mereka ke sini sementara menunggu hasil siasatan.

"Kenapa Sarawak? Malah anggota polis yang sedang disiasat harus digantung tugas serta-merta untuk siasatan lanjut tanpa memindahkan mereka ke mana-mana negeri di Malaysia,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Tiang yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, Sarawak berhak menerima anggota dan pegawai polis yang lebih baik daripada menerima mereka yang bermasalah.

"Sarawak memang memerlukan lebih ramai anggota polis untuk ditempatkan di sini bagi pencegahan jenayah tetapi anda tidak boleh memberi kami mana-mana anggota dan pegawai polis yang masih dalam siasatan jenayah untuk ditempatkan di sini bagi menambah bilangan,” kata Tiang.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/03/sarawak-perlu-tolak-kemasukan-anggota-polis-bermasalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 03:56 PM | Show all posts
betul tu..sesuka ati je nak campak sampah ke negeri lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2022 08:04 AM | Show all posts
PKR tidak setuju tindakan pindahkan polis bermasalah ke Sabah, SarawakKUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak tidak setuju dengan tindakan kerajaan persekutuan memindahkan sembilan pegawai polis yang sedang disiasat kerana memeras ugut ke Sabah dan Sarawak.

Sektetariat Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya amat terkilan setelah mendapat tahu tentang berita tersebut.

"Kita percaya rakyat Sabah dan Sarawak juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan persekutuan ini. Jika mereka (kerajaan persekutuan) telah mengamalkan ini sebagai polisi untuk ‘mendisiplinkan’ kakitangan kerajaan persekutuan bermasalah, kita (PKR Sarawak) membantah sekeras-kerasnya polisi ini," katanya.

Oleh itu, Sekretariat Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak mengingatkan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar jangan sembrono menerima tindakan kerajaan persekutuan sebegini.

Katanya, pihaknya kesal kerana Kerajaan Sarawak tidak menggunakan kuasa imigresen untuk menghalang kakitangan kerajaan persekutuan bermasalah dihantar ke Sarawak.

Ia katanya, seolah-olah pemimpin Kerajaan Sarawak telah membenarkan Sarawak dijadikan tong sampah kerajaan persekutuan sejak zaman Barisan Nasional Sarawak lagi seperti yang dinyatakan sesetengah pihak.

"Rupa-rupanya Kerajaan Sarawak hanya menyalahgunakan kuasa imigresen untuk kepentingan politik mereka sahaja selama ini dengan menyekat ahli-ahli politik PKR.

"Antaranya seperti Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR Nurul Izah Anwar, Ketua Angkatan Muda PKR Adam Adli, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Wong Chen serta dua ahli MPP PKR iaitu Hee Loy San dan Fahmi Zainol," ujarnya.

Justeru, PKR Sarawak menggesa agar mana-mana antara sembilan pegawai polis bermasalah ini tidak dihantar ke Sarawak dengan serta-merta.

"Perkara inilah yang sepatutnya kuasa imigresen Sarawak digunakan untuk dikuatkuasakan bukan menyekat ahli-ahli politik datang ke Sarawak," tegasnya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi pada 2 Ogos dilaporkan berkata, siasatan dijalankan terhadap sembilan anggota polis selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah, baru-baru ini.

Siasatan terhadap sesemua anggota terdiri daripada konstabel hingga subinspektor masih dijalankan secara terperinci dengan kesemua anggota yang terlibat telah ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/03/pkr-tidak-setuju-tindakan-pindahkan-polis-bermasalah-ke-sabah-sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.281289 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list