|
Jasman Mat Zain setia menjaga serta menguruskan keperluan isterinya, Azizah Abdul Rahman yang menghidap penyakit kanser usus tahap empat sejak lebih setahun lalu ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Cherang, Bukit Tiu, di sini, hari ini. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Machang: "Kesukaran membuang air besar hingga berlaku sembelit rupanya petanda kanser usus tahap empat sehingga menyebabkan kesihatan saya terganggu serta pergerakan terbatas," kata suri rumah Azizah Abdul Rahman, 53.
Azizah berkata, susulan penyakit kanser usus dihidapi, dia bergantung kepada stoma beg untuk membuang air besar dan jika kerap bergerak, usus terkeluar dan perlu ditekan perlahan-lahan supaya masuk semula ke dalam perut.
Katanya, sejak disahkan menghidap penyakit itu Mei tahun lalu, dia sudah menjalani 12 kali rawatan kemoterapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
"Walaupun menjalani rawatan kemoterapi namun pemeriksaan melalui ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang dilakukan doktor pakar mendapati usus saya makin membesar.
"Lebih membimbangkan, sejak sebulan lalu saya sukar bernafas dan mungkin disebabkan sel kanser merebak ke paru-paru dan tiada apa boleh dilakukan kecuali berdoa agar kembali sembuh walaupun agak mustahil.
"Namun doktor menyarankan supaya saya menjalani rawatan kemoterapi sekali lagi untuk mengejutkan sel kanser namun perlu menyediakan RM30,000 bagi menjalani enam kali rawatan kemoterapi dan kini buntu memikirkannya," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Cherang Bukit Tiu, di sini, semalam.
Terdahulu badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society diwakili Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed hadir menziarah serta menyampaikan sumbangan wang zakat.
Ibu kepada tiga cahaya mata berusia antara 15 hingga 23 berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, mereka sekeluarga hanya bergantung kepada suaminya, Jasman Mat Zain, 56, yang bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.
"Mujur saya dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM250 sebulan selain keperluan beg stoma dan susu ditanggung Majlis Kanser Nasional (Makna)," katanya yang perlu membayar sewa rumah RM200 sebulan.
Sementara itu, Jasman berkata, sudah menjadi rutin hariannya untuk menguruskeperluan suri hatinya termasuk memberi minum, makan dan memandikannya sebelum keluar mencari rezeki.
"Saya harap ada individu prihatin dapat menyumbang katil boleh laras dan untuk memudahkan pergerakan serta menguruskan isteri," katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 030141000185373 atas nama Jasman Mat Zain atau boleh menghubunginya di talian 013-3662460.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... it-petanda-sengsara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|