View: 450|Reply: 0
|
[Terengganu]
Penjawat awam direman, bantu siasatan terima sogokan RM35,000
[Copy link]
|
|
Suspek yang didakwa menerima rasuah bernilai RM35,000 dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Kuala Terengganu: Penjawat awam direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah sebanyak RM35,000.
Perintah reman terhadap suspek berusia 40-an yang bertugas di bahagian penguatkuasaan di sebuah jabatan kerajaan di Terengganu dikeluarkan Majistret Nordiana Abd Aziz.
Penahanan suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Suspek sebelum ini ditahan di sekitar Kuala Terengganu jam 4.15 petang semalam.
Suspek dipercayai menerima wang sebagai balasan untuk membantu kes mahkamah yang dikendalikannya.
Penahanan suspek adalah lanjutan daripada operasi yang dijalankan oleh SPRM Terengganu semalam.
Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 10 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ima-sogokan-rm35000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|