CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 0

[Kelantan] Cuba seludup 12 ekor anjing

[Copy link]
Post time 4-8-2022 05:58 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Zaki (kanan) bersama Pegawai Pemerintah Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Mat Shukor Yusof menunjukkan gambar anjing dan lelaki yang ditahan di pangkalan haram Jali, Kampung Jenub. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Seorang lelaki tempatan ditahan ketika cuba menyeludup 12 ekor anjing bernilai RM96,000 di pangkalan haram Jali, Kampung Jenub, Bukit Bunga, Tanah Merah, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) terserempak dengan sekumpulan lelaki sedang mengangkat bakul dari perahu ke tebing sungai sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah kereta.

Katanya, anggota mendekati kumpulan berkenaan sebelum mereka melarikan diri menggunakan perahu ke sebelah Thailand, namun lelaki warga tempatan berusia 59 tahun berjaya ditahan bersama kenderaan dipercayai miliknya.


"Pemeriksaan lanjut mendapati lima sangkar menempatkan kesemua anjing yang terdiri daripada empat ekor jantan dan lapan betina berada di tempat duduk belakang.

"Kesemua anjing berkenaan disyaki dibawa dari negara jiran susulan permintaan tinggi daripada pencinta haiwan selain dijual sekitar RM8,000 seekor.

"Suspek ditahan manakala kesemua anjing dirampas untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) negeri Kelantan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) 2011.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengumumkan kejayaan PGA8 merampas 9,600 pod dan 240 cecair vape pelbagai perisa bernilai RM792,000 di Kampung Chabang Empat di Tumpat, jam 6 petang, kelmarin.

Katanya, ketika kejadian anggota PGA8 membuat rondaan sebelum terserempak Proton Iswara Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

"Pemandu kereta berkenaan bertindak memecut laju ke arah Kampung Neting, Pengkalan Kubor sebelum memberhentikan kenderaan dan melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta menemui kotak berwarna coklat yang mengandungi kesemua pod dan cecair vape.

"Kesemua barangan dirampas sebelum diserahkan kepada cawangan penguatkuasaan farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Racun 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... udup-12-ekor-anjing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.376310 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list