CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 1

[Sarawak] Sup daging buaya antara tarikan Festival Makanan Kuching 2022

[Copy link]
Post time 5-8-2022 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-8-2022 12:53 AM



Pengunjung teruja melihat dan mendapatkan sedikit maklumat berkaitan hidangan makanan berasaskan buaya yang dijual di Festival Makanan Kuching 2022. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Manfaat yang dapat diperolehi melalui daging buaya antara sebab haiwan berkenaan menjadi pilihan untuk sesetengah masyarakat menjadikannya sebagai hidangan makanan.
Peniaga, Kong Shian Onn, 63, berkata mengikut kepercayaan orang tua-tua zaman dahulu, daging buaya dikatakan salah satu penawar bagi meredakan penyakit asma.

"Orang dahulu serta orang tua-tua cakap begitu dan saya rasa herba (di dalam sup daging buaya) ini boleh menyembuhkan penyakit berkenaan.

"Ini kerana sebelum ini saya ada seorang pekerja di mana anaknya mengalami penyakit asma dan diberi untuk memakan (sup daging) buaya, tidak lama selepas itu kanak-kanak terbabit sembuh dan penyakit itu terus hilang," katanya ketika ditemui di Festival Makanan Kuching 2022 di Jalan Padungan, hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, hidangan terbabit merupakan salah satu ikhtiar untuk mereka yang cuba menyembuhkan penyakit asma yang dihadapi.

Ditanya mengenai bagaimana beliau boleh menjual hidangan itu, Kong berkata, bahawa beliau telah terlibat dalam perniagaan daging buaya sejak 23 tahun lalu.

Katanya, beliau telah mendapat lesen yang sah daripada pihak berkuasa di negeri ini di mana ia boleh diternak dan dijual kepada orang ramai.

Menurutnya, pilihan menjual herba mahupun makanan berasaskan buaya ini salah satu usaha untuknya meneruskan kelangsungan hidup.

"Seperti orang lain, saya juga ada pilihan sendiri dalam urusan perniagaan di mana ada peniaga yang memilih ayam, daging dan sebagainya untuk mereka jual," ujarnya.

Sementara itu, pekerjanya Kwong Kok Onn, 39, berkata, gerai berkenaan tidak melepaskan peluang untuk menyertai festival khasnya festival makanan.

"Sambutan pengunjung semasa festival makanan ini terhadap sup daging buaya sangat memberangsangkan dan lebih-lebih lagi pada waktu malam di mana ramai pengunjung datang ke gerai ini," ujarnya.

Katanya, buaya itu didapati di taman ternakan sendiri dan kebanyakan berada di Sabah.

"Kalau sebelum ini hampir 20,000 ekor buaya diternak dan jumlah ini didapati ada sedikit berkurangan, namun masih dapat menampung keperluan pelanggan," jelasnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/04/sup-daging-buaya-antara-tarikan-festival-makanan-kuching-2022

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 11:14 AM | Show all posts
time ujan2 sodap ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.389434 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list