CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 555|Reply: 0

[Sarawak] 'Dabai harga kayangan, dabai sesat'

[Copy link]
Post time 5-8-2022 09:04 AM | Show all posts |Read mode
SIBU: Dabai dijual dengan harga RM95 sekilogram di Pasar Sentral Sibu? Rentetan gambar tular di media sosial, ramai melabelkannya sebagai 'harga kayangan'.

Tinjauan Utusan Borneo hari ini mendapati ia dijual pada harga tinggi kerana pada masa sekarang bukan musim dabai.

Seorang peniaga yang enggan disiarkan nama, menggelar ia sebagai dabai 'sesat' kerana berbuah walaupun belum tiba musim.

Dabai 'sesat' ini menurutnya diperolehi dari Kanowit.

"Saya sendiri juga terkejut apabila ada pembekal menawarkan buah dabai kepada kami, padahal belum musimnya lagi. Sebab itu kami menggelarnya 'dabai sesat'. Kalau diikutkan musim dabai adalah bulan Disember dan pada masa itu, dabai akan dijual pada harga yang lebih murah.

"Kalau orang ramai lihat harganya mahal, itu disebabkan bekalan yang sikit, tetapi permintaannya tinggi," jelasnya.


Dabai mula dijual di Pasar Sentral Sibu sejak seminggu lalu.

Walaupun dijual pada harga RM60 hingga RM90 sekilogram, kata peniaga itu, jualan tetap laris kerana ramai gemar makan buah unik dari Sarawak ini.

"Hari ini, bekalan yang tinggal tidak sampai dua atau tiga kilogram sahaja dan esok mungkin tiada bekalan lagi. Tapi, kalau esok ada lagi (buah dabai), maknanya ada lagilah dabai 'sesat' itu," katanya.

Tinjauan turut mendapati hanya tinggal dua peniaga yang masih menjual dabai, tetapi kuantitinya hanya tinggal sedikit sahaja.


Masing-masing menjual pada harga RM30 dan RM60 sekilogram.

RM30 sekilogram dianggap sebagai harga mampu beli.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/04/dabai-harga-kayangan-dabai-sesat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.435081 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list