CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Terengganu] Pengamal media Terengganu santuni golongan asnaf

[Copy link]
Post time 7-8-2022 05:33 PM | Show all posts |Read mode

PENGAMAL media Terengganu bergambar selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di Cameron Highlands. FOTO Rosli Ilham

Dungun: Kesibukan tugas sebagai pengamal media tidak menjadi halangan kepada 20 wartawan dari pelbagai agensi di seluruh Terengganu untuk menyantuni golongan asnaf di Kampung Gerak Sepadu, Cameron Highlands.

Ia dilaksanakan menerusi program konvoi motosikal Merdeka Media Charity Ride sebagai aktiviti khidmat sosial dalam membantu golongan memerlukan dan menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan.

Penyelaras program, Ghazali Kori berkata, aktiviti yang dianjurkan bersama Kelab Kembara Media Terengganu bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama bagi menyemaikan rasa cintakan negara serta menyampaikan mesej kepentingan perpaduan kepada masyarakat.


"Kita menyantuni seramai 30 golongan asnaf di kampung itu dan kesemua bantuan yang diberikan adalah hasil sumbangan daripada syarikat swasta serta NGO (badan bukan kerajaan).

"Sambil kita 'ride' sambil kita ukhwah serta dapat mengenali tempat orang selain membantu golongan memerlukan," katanya.

Katanya, sumbangan barangan keperluan asas itu diberikan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

"Kita akan memperluaskan aktiviti kemasyarakatan dalam membantu golongan yang memerlukan pada masa depan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tuni-golongan-asnaf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.103696 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list