CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 0

[Kelantan] Notis amaran kepada pemilik kawasan jadi sarang penagihan dadah

[Copy link]
Post time 8-8-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode

DR Izani (kiri) menyampaikan sijil kebersihan kepada salah seorang penerima ketika Majlis Pelancaran Zon Bersih Indah Ceria sempena Jelajah Kelantanku Bersih, di Bandar D'Raja Al-Muhammadi, Kubang Kerian. FOTO Syaherah Mustafa

Kota Bharu: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengambil tindakan menghantar notis kepada pemilik bangunan, rumah atau tanah terbiar yang dijadikan sarang penagihan dadah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, notis sebagai amaran berkenaan diberikan supaya mereka membuat pembersihan atau merobohkan kawasan yang menjadi lokasi aktiviti tidak bermoral.

Menurutnya, terdapat beberapa kawasan terbiar di daerah ini mula dibersihkan termasuk dijadikan tempat berniaga dengan bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT).


"Selepas notis diberikan, ruang untuk perbincangan bersama MPKB-BRI dengan pemilik boleh dilakukan untuk memastikan lokasi terbiar itu berada dalam keadaan terjaga sekali gus menutup peluang kepada penagih untuk menjadikannya 'port' untuk menghisap dadah.

"Kerjasama dengan agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut dilakukan bagi membanteras kewujudan kawasan hitam ini terutama dalam Bandaraya Kota Bharu yang menjadi tumpuan pelancong.

"Sebenarnya fokus untuk mengekang kawasan ini sudah lama dijalankan, namun tergendala seketika akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, tetapi ia akan terus dilakukan dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran Zon Bersih Indah Ceria sempena Jelajah Kelantanku Bersih di Bandar D'Raja Al-Muhammadi, Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan rumah terbiar, tempat letak kereta yang sunyi dan kawasan semak sekitar Kota Bharu antara lokasi dikesan menjadi port penagih dadah untuk melepaskan gian, tidak kira secara individu atau berkumpulan.

Kesemua lokasi berkenaan bukan berada di kawasan terpencil atau jauh daripada penempatan, tetapi berhampiran tempat tumpuan ramai sekali gus menimbulkan kegusaran masyarakat memandangkan penagih biasanya boleh bertindak di luar kawalan.

Dalam perkembangan lain, Izani berkata, kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas inspektorat bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak yang gagal mematuhi ketetapan pengurusan pembuangan sampah serta iklan tidak berdaftar.

"Seramai 10 kakitangan MPKB-BRI akan dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab memantau tahap kebersihan di daerah ini.

"Tindakan terbabit bertujuan untuk memastikan tahap kebersihan di negeri ini tercapai sejajar dengan agenda yang di bawa iaitu Kelantanku Bersih.

"Selain itu, kita akan memastikan setiap papan iklan perlu mendapat kebenaran dan kalau yang tak ada lesen kebenaran kita akan tanggalkan mana-mana poster dan iklan terutama dalam kawasan zon bersih, indah dan ceria," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-penagihan-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.711258 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list