CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

[Sarawak] Sorok minyak masak peket dalam stor, 'pelanggan' nak beli stok habis

[Copy link]
Post time 9-8-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING:  Sebuah kedai runcit di Lubok Antu, Sri Aman didapati menyorok 85 kilogram (kg) minyak masak jenis peket 1 kg dalam Op Samar dijalankan oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Isnin.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPNDHEP Sri Aman Al Redzamani Abdul Razak berkata pegawainya menyamar sebagai orang awam yang ingin membeli minyak di kedai tersebut.
Pihak kedai memaklumkan pegawainya stok minyak masak dalam peket 1kg sudah habis.

"Pasukan penguatkuasa KPDNHEP kemudian terus melakukan pemeriksaan dan menjumpai lima kotak minyak masak peket 1 kg disimpan di dalam stor. Jumlah keseluruhan minyak masak tersebut ialah 85 kg," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.



Pasukan penguatkuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan.

Siasatan dijalankan di bawah Kesalahan 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyorok barang kawalan berjadual.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta dan RM3 juta untuk kesalahan berikutnya.

"Peniaga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan memanipulasi stok bekalan dan harga minyak masak paket 1 kg bersubsidi terutama di kawasan berdekatan dengan sempadan negara khususnya Lubok Antu, Sri Aman.

"Tindakan tegas akan diambil  sekiranya ada peniaga yang cuba mencabar pihak penguatkuasa dengan melanggar syarat- syarat lesen mahupun yang tidak berlesen," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/09/sorok-minyak-masak-peket-dalam-stor-pelanggan-nak-beli-stok-habis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.043272 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list