CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk ‘cemas’ perubahan cuaca undang hakisan pantai

[Copy link]
Post time 9-8-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode

KESAN hakisan pantai di kawasan Pantai Nusuk, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI MOHAMED


KOTA BHARU: Perubahan cuaca tidak menentu diselang dengan hujan lebat, tiupan angin kencang serta pukulan ombak kuat membuatkan penduduk yang tinggal di pesisir pantai di negeri ini sentiasa ‘cemas’ setiap kali memikirkan masalah hakisan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, antara lokasi yang sering dihantui masalah hakisan pantai ialah Kampung Pulau Gajah, Sabak dan Pantai Cahaya Bulan (PCB) serta Pantai Nusuk.

Seorang penduduk dari Kampung Pulau Gajah, Ahmad Daud, 63, berkata, perasaan cemas itu hadir setiap kali tibanya musim tengkujuh apabila tiupan angin kencang dan hujan lebat serta laut bergelora mendedahkan kawasan tersebut dengan hakisan.

“Rumah saya terletak berhampiran pantai, jadi setiap kali laut bergelora, angin kencang atau hujan perasaan takut timbul memikirkan soal hakisan.

“Ekoran masalah itu, ada dalam kalangan penduduk membuat keputusan berpindah ke kawasan lain disebabkan menjejaskan kediaman mereka terjejas,” katanya di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Ismail Ahmad, 45, memberitahu, pembinaan benteng oleh kerajaan sedikit sebanyak membantu meredakan ‘tekanan’ mereka yang tinggal berhampiran kawasan pantai.

Katanya, bagaimanapun penduduk berharap kerajaan dapat membuat pemantauan dan turut melihat beberapa kawasan lain yang turut berhadapan dengan ancaman hakisan.

Dalam perkembangan lain, masalah hakisan turut berpotensi berlaku di kawasan pinggir sungai khususnya di Kampung Lapan Pari, Banggol, PCB.

Mat Robi Umar, 53, berkata, hakisan itu berpotensi berlaku setiap kali hujan lebat ditambah pula dengan cuaca tidak menentu ketika ini.

Katanya, kebimbangan itu ada asasnya apabila hakisan pernah berlaku pada 2014.

“Sebagai langkah awal menghalang perkara ini, kami letakan kulit tiram dalam kuantiti yang banyak sebagai sebagai ‘benteng’. Alhamdulillah usaha itu berjaya,” ujarnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ang-hakisan-pantai/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.043345 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list