CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

[Terengganu] Tragedi bot karam: Penutup tong ikan, pelampung bubu penyelamat Kamaruddin

[Copy link]
Post time 11-8-2022 01:47 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Kamaruddin Yudi. - Foto MARITIM MALAYSIA

KUALA TERENGGANU: Penutup tong ikan dan pelampung bubu menjadi penyelamat Muhammad Kamaruddin Yudi daripada hanyut selepas bot dinaiki bersama lima rakan, karam ketika mereka berada kira-kira 10 batu nautika dari perairan Pulau Redang, Isnin lalu.

Muhammad Kamaruddin, 31, dari Kampung Cherang Ruku, Semarak, Kelantan, berkata dia terpaksa berenang lebih 14 jam dalam keadaan gelap dan laut bergelora untuk meminta bantuan penduduk pulau berhampiran.

"Selepas 14 jam, saya ternampak kapal layar milik pelancong asing sedang berlayar berhampiran, kira-kira jam 11 pagi Selasa. Pelancong itu bawa saya naik kapal layarnya dan hantar saya ke bot Jabatan Perikanan yang sedang berlabuh di Pantai Teluk Dalam," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, tragedi itu ketika kumpulan berkenaan dalam perjalanan pulang selepas memancing dan memasang bubu di perairan Pulau Redang sejak Ahad semasa bot berlabuh untuk mereka menunaikan solat pada jarak 10 batu nautika dari pulau berkenaan.


"Selepas menunaikan solat, tiba-tiba laut bergelora dan ribut. Dalam sekelip mata, bot terbalik dan terus karam," katanya yang sempat berpaut pada pelampung bubu dan penutup tong ikan dalam keadaan ketika itu yang kelam-kabut.

Muhamad Kamaruddin yang menyertai operasi pasukan mencari dan menyelamat (Carilamat), berkata selepas dibawa ke bot Jabatan Perikanan, pegawai dan anggota agensi itu membawanya ke lokasi bot karam untuk mengesan lima lagi rakan yang hilang.

Tiga rakannya, Saludin Ismail; 50, Mohd Nazri Abu Bakar, 48, dan Zulkifli Umar, 48, ditemui mati lemas kelmarin, manakala dua lagi, Raja Zainuddin Raja Ibrahim, 49, dan Ahmad Zamri Ishak, 66, masih hilang.

Mereka keluar dari jeti perikanan Semerak, Pasir Putih, Kelantan, kira-kira jam 10 malam Ahad lalu untuk memancing dan memasang bubu.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli, berkata sektor pencarian dua lagi mangsa diperluaskan sehingga 169.3 batu nautika, hari ini.

Katanya, seramai 77 anggota pasukan Carilamat, termasuk enam penyelam dan enam aset terbabit dalam operasi pencarian yang bermula kira-kira jam 7 pagi tadi.

"Setakat ini operasi Carilamat masih diteruskan walaupun pasukan berhadapan dengan keadaan cuaca buruk, termasuk ketinggian ombak antara 0.5 meter dan 1.0 meter," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ung-bubu-penyelamat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.564552 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list