CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 1

[Kelantan] 10 peniaga 'colek' tamak dikenakan tindakan

[Copy link]
Post time 13-8-2022 10:51 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA KPDNHEP Kelantan menyamar sebagai pelanggan membuat pemeriksaan 20 premis di PCB yang dipercayai menjual makanan pada harga tinggi dan tidak meletakkan tanda harga. FOTO ihsan KPDNHEP

Kota Bharu: Tidak mempamerkan tanda harga dan disyaki menjual pada harga tinggi menyebabkan 10 peniaga 'colek' dan makanan di Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, dikenakan tindakan.

Notis dan kompaun dikenakan terhadap semua peniaga itu selepas pemeriksaan mengejut dijalankan 14 pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan sempena Op Samar petang tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, pemantauan dan pemeriksaan mengejut dilakukan di 20 premis jualan dengan anggota membuat penyamaran sebagai pengguna serta pelancong.


Beliau berkata, operasi itu dijalankan dengan membuat pemeriksaan menyeluruh di bawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Pelindungan Pengguna 1999 terhadap semua 20 premis jualan di lokasi.

"Hasil daripada operasi yang dijalankan, kami merekodkan dua tindakan kes berkaitan peniaga gagal dan tidak mempamerkan tanda harga terhadap barangan yang dijual menyebabkan mereka dikenakan tindakan kompaun serta merta.

"Selain itu, sebanyak lapan notis Seksyen 21 di bawah AKHAP 2011 dikeluarkan kepada peniaga yang disyaki mengenakan harga yang tinggi dan diarahkan untuk mengemukakan kembali maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Aswadi berkata, pihaknya memberikan amaran kepada semua peniaga supaya sentiasa meletakkan tanda harga terhadap barangan yang dijual bagi mengelakkan berlaku manipulasi harga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dikenakan-tindakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Letak harga mencanak naik ler tu sampai kena kompaun. Bestnya makan2 kat PCB. Aneka celup tepung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.043563 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list