View: 446|Reply: 0
|
[Pahang]
Tak puas hati pembayaran makanan, guru tahfiz diserang
[Copy link]
|
|
Guru tahfiz diserang dalam kejadian di Lipis.
LIPIS: Gara-gara tidak puas hati berhubung pembayaran harga makanan di sebuah pusat tahfiz di sini, lima lelaki menyerang seorang guru dan pelajar tahfiz itu petang semalam.
Serangan itu menyebabkan guru terbabit yang bertanggungjawab menjaga pusat tahfiz berkenaan cedera di mata kanan dan menerima empat jahitan selain luka di tangan dan lebam badan.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Nor, berkata pelajar itu pula tidak cedera tetapi mengalami sakit-sakit badan.
Selepas menerima aduan daripada pelajar terbabit, polis melancarkan operasi di sekitar Damak, Jerantut dan menahan dua lelaki yang mana seorang daripadanya adalah bapa saudara kepada seorang pelajar tahfiz berkenaan berusia 30-an.
Katanya, polis masih memburu tiga lagi suspek yang turut serta dalam kumpulan menyerang guru dan pelajar terbabit dan menasihatkan mereka menyerah diri di mana-mana balai polis untuk memudahkan siasatan.
Katanya, polis juga sudah mengenal pasti tiga suspek berkenaan yang masih bebas itu.
"Kedua-dua suspek telah direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 15 Ogos depan di Mahkamah Majistret, Kuala Lipis pada hari ini.
"Kedua-dua suspek turut mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah dan juga positif dadah jenis methamphetamine dan di tahan di lokap Balai Polis Kuala Lipis untuk siasatan lanjut," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 kanun sama kerana menceroboh kawasan serta turut disiasat di bawah Seksyen, 15 (1) (a) Akta Dadah Merbahaya 1952.
https://www.bharian.com.my/berit ... uru-tahfiz-diserang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|