View: 584|Reply: 0
|
[Kelantan]
Menu sup komunis di Chulabhorn
[Copy link]
|
|
Ismail bergambar bersama Abdullah ketika lawatan ke rumah bekas pemimpin PKM pada 5 Ogos lalu.
Untuk informasi lebih menarik, jangan lupa ikuti Telegram dan TikTok kami
KOTA BHARU - Pengalaman sehari sekumpulan Persatuan Pesara Malaysia ke Kampung Chulabhorn 12, Thailand memberi peluang mereka bertemu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Abdullah Sidi yang kini berusia 98 tahun.
Rombongan pada 5 Ogos lalu turut menemui anak Abdullah yang dikenali sebagai Karimas dan suaminya, Indrajaya.
Rombongan yang disertai Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Majlis Dakwah Negara (MDN) itu diketuai oleh Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub.
Chulabhorn 12 dikenali juga dengan Ban Chulaborn Patana 12 yang mempunyai penduduk terdiri daripada anggota regimen ke 10 Parti Komunis Malaya (PKM).
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan negeri Kelantan, Datuk Ismail Md Noor berkata, satu perkara menarik yang mahu dikongsi ialah rombongan dihidangkan makan tengah hari dengan menu utama iaitu sup komunis.
"Karimas yang memasak menu itu memberitahu, ketika di hutan mereka tiada bahan rempah ratus untuk dibuat sup.
"Jadi, mereka masukkan apa yang ada di sekeliling ketika itu dan menu berkenaan dikekalkan sehingga hari ini. Rasanya sedap seperti sup, singgang dan tom yam," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Ahli rombongan bergambar bersama pengurusan Pondok Tahfiz Tradisional Chulabhorn.
Menurutnya, pengalaman itu sangat bermakna kepada peserta rombongan kerana dapat mengenali perkampungan berkenaan.
Nama Chulabhorn merupakan gelaran Raja Siam yang bongsu dan menghadiahkan kawasan tersebut kepada bekas anggota PKM selepas perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.
Perjalanan menaiki van mengambil masa kira-kira sejam 15 minit melalui Kampung Bukit Bunga.
Kata beliau, rombongan sempat mendengar perkongsian Karimas bahawa bapanya iaitu Abdullah Sidi dianggap sebagai ketua di kampung tersebut atau istilah lebih tepat sebagai 'pelindung'.
Pekerjaan utama penduduk di situ ialah menorah getah dan ada yang mengusahakan sawit selain bidang pelancongan yang baharu diceburi bagi menambah sumber ekonomi.
"Mereka membina rumah rehat dengan harga berpatutan serta menyediakan aktiviti berkayak serta aktiviti 'jungle tracking' menuju ke tempat terowong persembunyian anggota PKM.
Karimas juga menceritakan bahawa dia dilahirkan di hutan tempat anggota PKM berkumpul sebelum diserahkan kepada satu keluarga di luar dari kawasan mereka.
Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan negeri Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mudir sebuah tahfiz al-Quran ketika melawat Chulabhorn 12 pada 5 Ogos lalu.
Wanita itu bersyukur kerana keluarga angkatnya sangat baik dan dianggap seperti ketua kampung di situ.
Selain melawat Abdullah Sidi, rombongan itu juga menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada sebuah pusat Tahfiz di Weng.
https://www.sinarharian.com.my/a ... munis-di-chulabhorn |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|