CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Pahang] 4 ditahan babit kes tipu tawaran kerja, jual beli bank draf

[Copy link]
Post time 16-8-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Empat lelaki termasuk seorang warga China ditahan berhubung kes penipuan tawaran kerja dan urusan jual beli bank draf Bank of China di Genting Highlands, Bentong, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, empat lelaki berumur antara 21 dan 32 tahun itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Bentong.

Katanya, dalam operasi itu, empat individu ditahan, masing-masing membabitkan tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga China.


"Polis turut merampas sembilan telefon bimbit pelbagai jenama dan enam komputer riba pelbagai jenama.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan awal mendapati lelaki warga China dan seorang lelaki warganegara tempatan menjalankan kegiatan terbabit sejak sejak enam bulan lalu.

"Manakala, dua lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai `junket' di Genting Highlands berada di premis serbuan ketika tangkapan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ramli berkata, dengan penahanan empat lelaki terbabit, Polis Pahang percaya lebih banyak kegiatan penipuan tawaran kerja dan jual beli bank draf akan dibongkar sama ada di negeri ini atau negeri lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jual-beli-bank-draf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.362102 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list