View: 435|Reply: 0
|
[Terengganu]
2 bot nelayan Vietnam ditenggelamkan untuk dijadikan tukun
[Copy link]
|
|
Bot nelayan Vietnam yang dijadikan tukun tiruan di perairan Pulau Bidong. FOTO NAZDY HARUN
Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu melupuskan dua bot nelayan Vietnam yang dilucut hak secara menenggelamkannya untuk dijadikan tukun tiruan di perairan Pulau Bidong.
Pengarahnya, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pelupusan dua bot terbabit sebagai tukun tiruan merupakan sumbangan APMM negeri kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi aktiviti penyelidikan kajian akademik di Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT, Pulau Bidong.
Menurutnya, kedua-dua bot terbabit sudah dilucut hak oleh mahkamah sepanjang 2021 atas kesalahan menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara.
"Bot-bot berkenaan ditahan pada Op Naga Barat dan Op Kuda Laut yang dilaksanakan sepanjang 2021 oleh Kapal Maritim (KM) Nusa.
"Ini adalah pelupusan kesembilan pada tahun ini oleh APMM Terengganu. Kami jangka 40 bot lagi bakal ditenggelamkan selepas mendapat pelucutan hak daripada mahkamah pada tahun ini," katanya pada sidang media di KM Bagahak di sini, hari ini.
Menurutnya, sejak 2010 sehingga kini, 144 bot bernilai kira-kira RM216 juta sudah ditenggelamkan sebagai tukun di sepanjang perairan Terengganu oleh APMM Terengganu.
Katanya, kaedah penenggelaman sebagai tukun tiruan merupakan satu inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin serta simbolik kepada keseriusan APMM dalam mengekang pencerobohan nelayan asing ke perairan negara.
"Hari ini merupakan pelupusan siri kelima bagi 2022 membabitkan 17 bot nelayan asing Vietnam oleh APMM Terengganu.
"Sebanyak 40 bot masih berada di Pusat Tahanan Vesel (PTV) APMM Terengganu, PTV Zon Maritim Kemaman dan PTV Bukit Datu.
"Kesemua bot disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) dan 16(3) Akta Perikanan 1985," katanya.
Beliau berkata, selain daripada UMT, program pelupusan bot ini turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia serta Institut Sumber Marin Asia Tenggara (Ismat).
Tambahnya, APMM akan terus melaksanakan rondaan untuk mengesan kegiatan pencerobohan nelayan asing dan juga aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang di sekitar perairan Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tuk-dijadikan-tukun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|