CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4733|Reply: 12

[TEMPAT] Taman Singa Laut, Ikan Lumba-Lumba ~ produk baru pelancongan Melaka

[Copy link]
Post time 28-9-2010 10:56 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-3-2012 19:17

Taman Singa Laut, Ikan Lumba-Lumba dibina sebagai produk baru pelancongan Melaka: Mohd Ali


2010/09/28MELAKA: Taman Pertunjukan Singa Laut dan Ikan Lumba-Lumba yang dibina di Pulau Melaka di sini, diyakini mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata taman pertunjukan singa laut itu meliputi kawasan seluas 0.729 hektar manakala taman pertunjukan ikan lumba-lumba yang terletak bersebelahannya seluas 1.296 hektar.

"Pembinaan Taman Pertunjukan Singa laut itu akan siap pada 15 November ini dan beroperasi sebelum bermulanya cuti penggal persekolahan akhir tahun ini," katanya selepas melawat tapak pembinaan taman itu dan kompleks Arab City di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, taman pertunjukan singa laut itu dibina kerajaan negeri dengan kos RM1.9 juta yang dibiayai Kementerian Pelancongan, mampu memuatkan sehingga 1,500 penonton pada satu-satu masa.

Katanya, kerajaan Melaka mensasarkan seramai 500,000 penonton datang menyaksikan pertunjukan itu dalam tempoh setahun dan bercadang untuk mengenakan tiket berharga RM10 seorang untuk pertunjukan selama 45 minit itu.

Mohd Ali berkata, taman itu akan diuruskan syarikat Purindo Empat Lestari Sdn Bhd di mana kerajaan negeri akan memungut hasil sebanyak 30 peratus daripada keuntungan kasar taman itu setahun.

"Pembinaan taman pertunjukan ikan lumba-lumba, kita serahkan kepada syarikat Purindo Empat Lestari Sdn Bhd yang akan membiayai semua kos pembinaan berjumlah RM30 juta," katanya.
Beliau berkata, pembinaan taman pertunjukan ikan lumba-lumba akan mengambil masa selama dua tahun tetapi tarikh mula pembinaannya masih belum ditentukan.

Mengulas pembinaan kompleks Arab City, Mohd Ali berkata, pembinaan membabitkan kos kira-kira RM50 juta yang dibiayai pelabur Arab itu akan siap pada Disember ini dan akan mula beroperasi Februari tahun depan.

Mohd Ali berkata, antara tarikan utama Arab City itu ialah sebuah muzium dua tingkat yang akan mempamerkan artifak asli dari Mesir seperti mumia dari negara yang kaya dengan hasil sejarah itu.

"Cadangan cara perniagaan bazar di kompleks ini amat menarik iaitu berniaga di kaki lima seperti perniagaan di negara Arab, kita boleh cuba cara ini di beberapa tempat di Melaka seperti di Kota Fesyen dan Medan Samudera," katanya. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 11:20 PM | Show all posts
bestnya!! nak pegi!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 11:59 PM | Show all posts
wow besttttnyeee....teruja nak pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 12:42 AM | Show all posts
Great...baguslah Pak Ali...Melaka Maju 2010...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 08:19 AM | Show all posts
Pulau Melaka tu antara investor utama adalah Pak Arab,so dh 10 thn jadi projek gajah putih,bila dibina masjid terapung,sedikit sbyk adalah tarikannya,selebihnya kedai2 kat situ semua telah diceroboh ,dirosakkan,sarang maksiat dan dadah...harap2 tpt tu akan cantik dan diberi nafas baru...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:59 AM | Show all posts
dengarnya tanah2 dimelaka
da byk tergadai kat
pelabur luar..
benarkah....?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2010 11:50 AM | Show all posts
masuco
dgr2 juga,cth tanah2 di Klebang tu pon abes, byk tpt yg diambil..

Isu terbaru,pembesaran jalan dpn MP dan Dataran Pahlawan,skali lagi peniaga melayu blkg Hatten akan diusir,nk buat pembangunan...begitu juga dgn kes bekas bgn Mara yg dpn DP skrg parking utk org tgk wayang...pon abesssssss.....kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:19 PM | Show all posts
ohw...pendek kata..pelabur singapork kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2010 11:20 PM | Show all posts
ohw...pendek kata..pelabur singapork kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:27 PM | Show all posts
ohw...pendek kata..pelabur singapork kah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 01:28 PM | Show all posts
hehehe orang PAS jelous ..takde modal ..itu yg start dengar Cerita ???
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 02:00 PM | Show all posts
ohw...pendek kata..pelabur singapork kah?
larikesurga Post at 3-10-2010 23:27

hamboi..posting x hengat...
yg kt tepi laut lak...
puak2 arab yg sapu....

hai...org melayu
sapu air mata sajerk la.....

sekadar gambo hiasan
bkn utk dibahaskan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 02:27 PM | Show all posts
suco...pandai ko carik gambau yer..bnyak2 gambau menangis..gambau kak semah jugak ko letak..kekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.303588 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list