CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Pulau Pinang] 3 lelaki bergaduh depan restoran nasi kandar didenda RM1,000

[Copy link]
Post time 17-8-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar kejadian memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng. FOTO Facebook Kongsi Segala Info

Bukit Mertajam: Tiga lelaki masing-masing didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah terbabit dalam pergaduhan di sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng, Perai pada 7 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata tiga lelaki berkenaan dihadapkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam semalam.

Menurutnya, mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.


"Polis sebelum ini menahan seramai 15 lelaki warga tempatan berusia 20-an dan 30-an, namun hanya tiga suspek sahaja didakwa di mahkamah, manakala selebihnya dibebaskan kerana tidak terbabit dalam pergaduhan di premis terbabit.

"Bagaimanapun, polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terbabit dalam insiden berkenaan yang masih bebas," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 10 Ogos lalu, tular empat rakaman video berdurasi 23 saat, 22 saat, 17 saat dan lapan saat di laman Facebook 'Kongsi Segala Info' memaparkan kejadian sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Chai Leng di Seberang Perai Tengah.

Hasil siasatan polis mendapati kejadian sebenar dilaporkan berlaku pada jam 3.30 pagi pada 7 Ogos lalu.

Kumpulan lelaki berkenaan didapati menggunakan beberapa objek sebagai senjata untuk menyerang sesama mereka.

Susulan itu, polis membuat tangkapan ke atas suspek sebaik menerima laporan kes berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndar-didenda-rm1000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.093670 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list