CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 477|Reply: 1

[Pulau Pinang] Hikmah belajar menjahit selepas bersara

[Copy link]
Post time 17-8-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode

JABAR Azman (kiri) menyampaikan sijil kepada Hawati Hassan yang berkerusi roda selepas menamatkan kursus fesyen dan jahitan pakaian pada Majlis Graduasi GiatMARA Pulau Pinang di Kubang Menerong. FOTO Danial Saad

Tasek Gelugor: Kecekalan ibu kepada empat anak yang berdepan masalah arthritis (lutut) menyambung pengajian membuahkan hasil apabila berjaya menamatkan pengajian dalam kursus jahitan pakaian dan fesyen.

Hawati Hassan, 59, yang sebelum ini bekerja di bahagian akaun sebuah syarikat swasta amat meminati bidang jahitan lalu mengambil keputusan menimba ilmu di GiatMARA Batu Kawan secara separuh masa selepas bersara.

Menurutnya, dia mahu menceburi perniagaan jahitan bersama anaknya dan mahu mempunyai sijil bagi menambah kemahiran dimilikinya.


"Saya memang minat belajar walaupun mempunyai masalah lutut hingga terpaksa naik turun tangga menggunakan tongkat, tetapi itu bukan halangan.

"Ditambah pula sokongan suami dan anak-anak membuatkan saya bersemangat termasuk juga bantuan tenaga pengajar yang memudahkan saya sepanjang belajar," katanya.

Hawati yang kini berkerusi roda antara 686 graduan yang menghadiri Majlis Graduasi GiatMARA Pulau Pinang di Kubang Menerong, di sini, hari ini.

Majlis penyerahan sijil disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA Datuk Jabar Azman Jaafar.

Sementara itu, Noraza Nayan, 68, yang mengambil kursus sama seperti Hawati berkata, dia tidak mahu hanya duduk diam di rumah selepas bersara lalu mengambil keputusan untuk mengikuti kursus jahitan yang ditawarkan bagi mengisi masa lapang.

"Selepas bersara saya menjadi bosan jika duduk sahaja di rumah, maka sebab itu saya pilih untuk mengikuti kursus jahitan ini, tambahan pula saya minat menjahit.

"Pada masa sama, saya dapat jumpa kawan-kawan lain dan ia amat menyeronokkan. Kursus ini membuka peluang untuk menjadi usahawan yang mana saya kini menjahit tudung sendiri dan merancang untuk memasarkannya tidak lama lagi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hit-selepas-bersara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 06:27 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.099360 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list