CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 0

[Kedah] Terima hak milik tanah selepas 40 tahun

[Copy link]
Post time 17-8-2022 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Terima hak milik tanah selepas 40 tahun

Hamzah Osman
[email protected]



Penduduk, Norazirah Omar, 53, menunjukkan geran hak milik tanah yang diterimanya pada Majlis Penyerahan Geran Kepada Peserta FELCRA In-Situ Kampung Kok di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN




Langkawi: Selepas menunggu 40 tahun, seramai 35 peserta Felcra In-Situ Kampung Kok, di sini, akhirnya menerima geran tanah masing-masing, hari ini.

Norazirah Omar, 53, berkata dia dan beberapa penduduk lain berusaha memohon mendapatkan geran sejak projek Felcra itu dimulakan pada 1982.

"Bersyukur dan gembira kerana (hari ini) dapat pegang sehelai kertas yang memberi hak ke atas tanah tapak rumah yang saya dan keluarga diami sekarang.

"Insya-Allah pemilikan tanah ini akan diwarisi kepada anak-anak dan saya berjanji pada diri sendiri tidak akan jual kerana ia sukar diperolehi," katanya.

Penduduk lain Murad Ahmad, 67, turut bersyukur apabila penantian 40 tahun untuk mendapatkan hak milik tanah akhirnya menemui penghujung.

"Geran ini tidak diterima dengan mudah. Kami berusaha turun naik pejabat kerajaan di Langkawi dan Alor Setar sebelum menjadi kenyataan," katanya.

Majlis penyerahan geran disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Langkawi.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, penduduk diingatkan tidak menjual tanah masing-masing meskipun ditawarkan dengan harga yang tinggi.

"Kalau ditawarkan harga hebat sekalipun, penduduk fikirlah dua tiga kali, nanti anak-anak kena ada tanah untuk menetap di sini (Langkawi)," katanya.


Disiarkan pada: Ogos 17, 2022 @ 4:51pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.337617 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list