CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pensyarah USM, adik dihukum penjara 3 tahun, denda RM807,475

[Copy link]
Post time 19-8-2022 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Pensyarah USM, adik dihukum penjara 3 tahun, denda RM807,475

Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 19, 2022 @ 3:06pm[email protected]





Badaruddin Mohamed hadir di Mahkamah Butterworth di sini, atas pertuduhan salah guna kuasa dan kedudukan untuk mendapatkan suapan dengan meluluskan syarikat milik adik kandungnya membekalkan pelbagai barangan bagi jabatan tempat dia bekerja. - NSTP/ DANIAL SAAD




BUTTERWORTH: Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dan adik lelakinya masing-masing dihukum penjara tiga tahun dan denda RM807,475 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, selepas didapati salah atas sembilan pertuduhan salah guna kedudukan pada 10 tahun lalu.

Hukuman diputuskan Hakim Zulhazmi Abdullah ke atas Badaruddin Mohamed, 56 dan adiknya, Mustafa Kamal, 50, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir prosiding pembelaan kes hari ini.

Dua beradik itu turut berdepan hukuman penjara antara sebulan hingga enam bulan mengikut pertuduhan sekiranya gagal membayar denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Shamsul Sulaiman.

Hakim turut membenarkan permohonan peguam untuk menangguhkan hukuman ke atas anak guamnya yang akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi, dan menetapkan jaminan masing-masing RM8,000 ke atas kedua-dua tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport, selain melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan sehingga kes rayuan selesai.

Pada Oktober 2018, Badaruddin mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas sembilan pertuduhan salah guna kuasa dan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan meluluskan syarikat milik adik kandungnya, MK Urusniaga (M) Sdn Bhd, bagi membekalkan pelbagai barangan untuk jabatan tempat dia bekerja.

Ia membabitkan pembelian barangan seperti kamera dan barangan pejabat yang keseluruhannya bernilai RM160,163.

Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Komunikasi Strategik dan Sustainable Tourism Research Cluster USM di Georgetown, dekat sini, antara September 2011 hingga November 2012.

Badaruddin didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, sementara Mustafa Kamal didakwa atas pertuduhan bersubahat di tempat dan lokasi sama mengikut Seksyen 28(1)(c) akta sama.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037482 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list