CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Perlis] Sampan hanyut 'bawa' ganja di perairan Kuala Perlis

[Copy link]
Post time 19-8-2022 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Sampan hanyut 'bawa' ganja di perairan Kuala Perlis



Ogos 19, 2022 @ 3:34pm






Sampan kayu yang ditemukan hanyut di perairan Kuala Perlis, yang kemudian membongkar penemuan tujuh ketulan mampat ganja, hari ini. - Foto ihsan polis.



Oleh Aizat Sharif

KANGAR: Penemuan sebuah sampan kayu hanyut di perairan Kuala Perlis berhampiran sempadan maritim Malaysia-Thailand, di sini, membongkar penemuan ketulan ganja mampat dianggar bernilai RM17,500 hari ini.

Sampan terbabit dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi kira-kira jam 2 pagi, di kedudukan 0.5 batu nautika dari Pulau Brasmana.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata, pemeriksaan dilakukan kemudian menemukan satu bungkusan guni berwarna putih yang mencurigakan dalam sampan itu.

"Anggota polis marin kemudian melakukan pemeriksaan dan menjumpai tujuh bungkusan plastik mengandungi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat anggaran 7,000 gram," katanya.

Surina berkata, anggota polis marin turut melakukan pemantauan di lokasi untuk mengesan sekiranya ada mana-mana pihak datang mengambil ganja terbabit.

Selepas dipastikan tiada sesiapa di sekitar kawasan perairan itu, katanya sampan kayu berkenaan ditunda pulang ke Jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kuala Perlis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.033549 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list