View: 397|Reply: 0
|
[Perlis]
Semangat merdeka SK Guar Nangka Arau
[Copy link]
|
|

KEHADIRAN seorang pahlawan menaiki kuda dan membawa Jalur Gemilang sambil diiringi dua askar Gurkha British memasuki perkarangan SK Guar Nangka, Chuping, Padang Besar. FOTO ihsan SK GUAR NANGKA, CHUPING
Padang Besar: Kehadiran pahlawan berbusana baju Melayu berwarna hitam sambil menunggang kuda dengan membawa panji Jalur Gemilang memasuki perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka, Chuping ternyata menarik 601 orang murid dari sekolah berkenaan dalam mengimbau kembali perjuangan menuntut kemerdekaan 65 tahun dahulu.
Malah bukan itu sahaja, kelibat 'askar Gurkha Inggeris' lengkap 'bersenjata' yang mengiringi pahlawan Melayu berkuda itu turut memberi keterujaan kepada murid sekolah itu dalam membangkitkan semangat kebangsaan.
Begitulah antara simbolik yang cuba ditampilkan oleh sekolah itu ketika Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2022 di perkarangan SK Guar Nangka, Chuping, di sini semalam.
Guru Besar SK Guar Nangka, Mohd Nadzri Jaafar berkata, pelancaran bulan kebangsaan yang diadakan di sekolahnya itu mendapat kerjasama daripada Pusat Koreksional Perlis.
"Perarakan berkuda yang ditunjangi oleh seorang pahlawan berbusana baju Melayu hitam memasuki SK Guar Nangka sambil membawa Jalur Gemilang ini sebenarnya adalah satu gimik yang kita cuba tampilkan kepada murid sekolah ini untuk membakar semangat kebangsaan dalam jiwa mereka.
"Selepas nyanyian lagu patriotik, perarakan masuk pahlawan berkuda yang ditunggang oleh bekas murid sekolah ini sambil diiringi 'askar Gurkha British' yang dilakonkan oleh guru sekolah ini.
"Jalur Gemilang ini kemudian diserahkan kepada saya sebagai simbolik lahirnya satu negara yang merdeka serta berundurnya British dari negara ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, simbolik yang dilakukan itu penting untuk ditonjolkan kepada muridnya kerana tidak mahu mereka tidak memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan.
"Mereka (murid SK Guar Nangka) ini masih kecil dan tidak mengetahui perjuangan pahlawan negara terdahulu dalam berjuang untuk merdeka.
"Jadi penerapan ini penting supaya mereka menjadi pemimpin di masa depan dapat merasai keperitan masyarakat terdahulu untuk merdeka daripada penjajah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sk-guar-nangka-arau |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|