|
AMOI dan Khatijah menyusun roti Jala yang dibuat mereka sempena menyambut Hari Kebangsaan, di Kampung Linggi, Pos Lebir. FOTO Paya Linda Yahya
Gua Musang: Dua wanita Orang Asli Kampung Linggi, Pos Lebir di sini, menunjukkan semangat patriotik berbeza apabila bersengkang mata menyiapkan roti jala dan puding bertemakan hari kemerdekaan negara.
Amoi Latif, 55, dan Khatijah Razak, 39, menghabiskan masa lebih lima jam menyiapkan juadah terbabit bagi menunjukkan semangat patriotik dalam diri mereka.
Amoi berkata, usaha mereka itu, tidak hanya bekerjasama membuat juadah, tetapi juga dalam penyediaan bahan mentah.
Katanya, mereka sanggup keluar mencari barangan seperti tepung gandum, telur dan bahan pewarna di kedai runcit yang terletak kira-kira 30 kilometer dari kampung.
"Kami bersemangat untuk memeriahkan program Hari Kebangsaan dengan membuat juadah ini untuk dimakan bersama penduduk di kampung ini.
"Jika orang lain menunjukkan semangat patriotik melalui kibaran Jalur Gemilang, kami berpakat membuat roti jala dan puding," katanya
Sementara itu, Khatijah berkata, walaupun kepenatan kerana kurang tidur semata-mata untuk menyiapkan juadah terbabit, namun dia berpuas hari kerana hasilnya sangat memuaskan.
"Bagi kami, bukan perkara mudah untuk menyiapkan roti jala ini kerana ia julung kali kami menghasilkannya.
"Walaupun tinggal di pedalaman, kami tetap ingin bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan menunjukkan semangat patriotik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-roti-jala-merdeka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|