CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 0

[Terengganu] Mangsa banjir dapat bantuan RM500

[Copy link]
Post time 20-8-2022 02:51 PM | Show all posts |Read mode

Mangsa banjir mendaftarkan diri sebelum menerima bantuan RM500 sumbangan MAIDAM hari ini. NSTP/ BAHAROM BAKAR.

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 8,337 mangsa banjir Monsun Timur Laut di seluruh negeri ini menerima bantuan RM500 setiap Ketua Isi Rumah (KIR) bagi meringankan bebanan dihadapi.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan, berkata pihaknya menyediakan peruntukan kira-kira RM5.3 juta untuk disalurkan kepada penerima terbabit.

"Setiap KIR yang menjadi mangsa banjir pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini masing-masing menerima bantuan sebanyak RM500.

"Bantuan itu diharap dapat meringankan beban keluarga terbabit yang ditimpa musibah berkenaan sebelum ini," katanya.


Majlis penyampaian bantuan kepada 2,976 mangsa banjir di daerah Kemaman membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Kemasik dan Air Putih disampaikan Ketua Penolong Pengarah Setiausaha (Pengurusan Zakat), Nazli Amirri Ngah.

Ketika mengulas bantuan kepada mangsa banjir Monsun Timur Laut di daerah lain, Dr Ahmad Azrin berkata, semua mangsa terbabit akan menerima bantuan sama selepas ini secara berperingkat.
https://www.bharian.com.my/berit ... dapat-bantuan-rm500

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.061885 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list