CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

[Kelantan] Konvoi motosikal sejauh 2,500 km kibar Jalur Gemilang

[Copy link]
Post time 20-8-2022 03:00 PM | Show all posts |Read mode

AHLI Kelab motosikal yang menyertai program Kembara Jalur Gemilang Aita Nation Ride di Gua Musang, Kelantan semalam.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG: Sekumpulan ahli kelab motosikal melakukan kerja ‘gila’ apabila berkonvoi selama seminggu sejauh 2,500 kilometer (km) sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai menzahirkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 bagi tahun ini.

Presiden Kelab Anita Bikers, Anita Yusop berkata, konvoi yang bermula dari Kuala Lumpur itu akan menjelajah beberapa negeri seperti Pahang, Kelantan, Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor sambil mengajak masyarakat untuk turut sama mengibarkan bendera kebangsaan itu.

Menurutnya, selain itu, konvoi tersebut bertujuan menjejak dan menghargai jasa bekas anggota tentera yang telah banyak berkorban terhadap negara, selain menyebarkan mesej kemerdekaan.

“Setiap negeri kita berjaya mengumpul hampir  50 penunggang untuk bersama-sama dalam program Kembara Jalur Gemilang Anita Nation Ride tahun ini.

“Tujuan utama kembara kemanusiaan ini bukan sahaja untuk memberi bantuan kepada pahlawan negara tetapi menjejak tempat warisan bersejarah dan pelancongan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, dia berharap program itu akan memberi impak kepada semua pihak terlibat dan para pahlawan tidak semestinya dihargai pada Hari Kebangsaan sahaja.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim, memuji usaha yang dilakukan oleh ahli kelab motosikal.

Katanya, pada hari ini ahli kelab motosikal daerah Gua Musang menyambut mereka dari sempadan Merapoh, Pahang untuk Gua Musang.

“Kita akan menjelajah beberapa tempat pelancongan dan bersejarah menarik di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gua Musang.

“Selain itu, seramai 35 bekas anggota tentera juga mendapat bantuan bakul makanan dan wang tunai sebagai menghargai jasa mereka,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita ... bar-jalur-gemilang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.465083 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list