CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

[Terengganu] Tak sangka mangsa rentung sepupu sendiri

[Copy link]
Post time 21-8-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Nur Intan Liyana menunjukkan gambar Nurul Emylia Natasha yang rentung dalam nahas di Km 85 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, berhampiran Kampung Gong Batu, Setiu, Terengganu, petang semalam. - NSTP/HAZIRA AHMAD ZAIDI

PASIR PUTEH: "Saya hilang kata-kata apabila video kenderaan hangus terbakar di Terengganu dikongsi dalam kumpulan WhatsApp, rupa-rupanya babitkan sepupu sendiri yang rentung dalam insiden itu," kata Nur Intan Liyana Nordin, 38.

Nur Intan Liyana adalah sepupu Nurul Emylia Natasha Zulkifli, 20, yang rentung selepas kereta dinaiki bersama rakannya bertembung lori lalu terbakar di Kilometer (Km) 85 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, berhampiran Kampung Gong Batu di Setiu, Terengganu, petang semalam.

Pagi semalam, katanya, Nurul Emylia Natasha memberitahu ibunya yang dia hendak ke institut memandu di Bachok untuk membuat lesen memandu, namun tidak memaklumkan akan ke Terengganu.

"Kami tak sangka arwah mengikuti konvoi bersama rakan-rakannya ke Terengganu. Pada jam 7 malam, seorang rakan arwah yang turut sama dalam konvoi itu menghubungi saya dan memberitahu kereta dinaiki arwah bersama rakan terbabit dalam kemalangan.


"Namun, dia tidak beritahu keadaan arwah pada ketika itu. Pada masa sama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu juga menghubungi ibu dan bapa arwah, memaklumkan anak mereka terbabit kemalangan dan meminta segera ke Hospital Setiu," katanya.

Ketika ditemui di rumah nenek mereka di Kampung Pulau Lima, di sini, hari ini, Nur Intan Liyana berkata, sebaik menerima panggilan daripada polis, keluarga arwah segera bertolak ke Terengganu pada jam 9 malam tadi.

Sepanjang perjalanan, katanya, mereka tidak tahu anak sulung daripada tiga beradik itu rentung dalam kemalangan berkenaan.

"Sehinggalah tiba di hospital, baru mereka tahu arwah rentung. Ibu arwah terkejut, tak henti-henti menangis. Sebelum itu, video kemalangan ngeri itu turut dikongsi di beberapa kumpulan WhatsApp, namun saya tak terfikir mangsa rentung sepupu sendiri," katanya.

Katanya, arwah seorang yang periang dan ceria, namun berubah menjadi pendiam sejak seminggu lalu.

"Ketika itu, saya sudah berasa pelik melihat perubahan pada diri arwah, tapi anggap mungkin arwah penat bekerja. Saya tak sangka itu petanda arwah akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pembantu kedai makan rentung, manakala empat lagi terselamat selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori lalu terbakar di Km 85 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, berhampiran Kampung Gong Batu.

Siasatan awal polis mendapati pemandu lori dalam perjalanan dari Penarik menghala kawasan hutan berhampiran untuk mencari ranting kayu yang mahu dijadikan perhiasan pelamin, manakala kereta terbabit dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala Pasir Puteh.

Tiba di tempat kejadian, pemandu lori dikatakan memberi isyarat untuk membelok ke kanan, namun kereta dari arah sama cuba memotong tetapi gagal lalu melanggar bahagian kanan lori yang kemudian menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

Jenazah arwah dijangka disembahyangkan di Masjid Kampung Pulau Lima sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi selepas solat Asar.
https://www.bharian.com.my/berit ... tung-sepupu-sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.442758 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list