View: 358|Reply: 0
|
[Kedah]
Kapal layar bawa pelancong lihat matahari terbenam ditahan beroperasi secara haram
[Copy link]
|
|

Kapal layar yang membawa pelancong melihat matahari terbenam ditahan Maritim Malaysia kerana disyaki beroperasi secara haram di perairan Langkawi. - Ihsan Maritim Malaysia
LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal layar yang membawa pelancong untuk melihat pemandangan matahari terbenam atau 'Sunset Cruise' di sekitar perairan Langkawi, dekat sini kerana disyaki beroperasi secara haram.
Kapal layar itu ditahan ketika berlabuh di 0.2 batu nautika timur laut Pulau Tuba, pada jam 6.55 petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata ketika ditahan kapal layar itu membawa masing-masing dua pemilik dan kru serta lapan penumpang berusia antara 46 dan 56 tahun.
"Kapal layar yang didaftarkan di negara ini dipercayai membawa pelancong melihat pemandangan matahari terbenam di kawasan berkenaan.
"Kapal itu disyaki beroperasi secara haram selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk menjalankan aktiviti rekreasi di laut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Romli berkata, pemilik dan kru bersama kapal layar terbabit kemudian dibawa ke jeti Maritim Malaysia di Bukit Malut di sini, untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal mengemukakan dokumen yang sah.
Beliau dalam pada itu mengingatkan semua pengusaha kapal layar yang menjalankan aktiviti 'Sunset Cruise' supaya mematuhi peraturan bagi mengelak dikenakan tindakan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -ditahan-beroperasi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|