CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pelajar tingkatan tiga maut, rakan cedera motosikal terbabas

[Copy link]
Post time 22-8-2022 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar tingkatan tiga maut, rakan cedera motosikal terbabas

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN 22 Ogos 2022 07:31pm






Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian manakala rakannya cedera ringan.




KEPALA BATAS - Seorang pelajar tingkatan tiga maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Lebuh Bertam Perdana, di sini petang Isnin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Firdaus Mohd Zamri, 15, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari arah Bertam Pinggiran menuju ke Bertam Perdana sebelum motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan.

"Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terpelanting ke atas jalan raya dan penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat dan rakannya turut dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan," ujar beliau ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.168910 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list