CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 0

[Terengganu] Dulu penagih, sekarang pengurus

[Copy link]
Post time 28-8-2022 05:05 PM | Show all posts |Read mode

Azman (bukan nama sebenar) terjebak dengan dadah sejak berusia 13 tahun, namun kini berjaya mengubah hidup dan sekarang diberi kepercayaan sebagai pengurus kedai makan. - NSTP/ NAZDY HARUN

KUALA TERENGGANU: Mengamuk tak tentu pasal, maki hamun ibu sendiri dan mencuri ibarat mainan biasa buat Azman, 39, (bukan nama sebenar) ketika hidupnya bergelumang dengan najis dadah.

Sejak mula terjebak terjebak penyalahgunaan dadah pada usia 13 tahun, satu persatu tabiat buruk muncul sehingga menjadikan Azman semakin liar dan sukar dikawal.

Lebih teruk, sikap itu menjerat diri Azman apabila sekadar menamatkan persekolahan setakat Tingkatan Dua sahaja.

Namun, semua itu berubah selepas Azman melihat keadaan ibunya yang bersusah payah mencari rezeki selepas berpisah dengan bapanya, membuatkan dirinya insaf dan nekad berubah ke pangkal jalan.


"Ibu saya hanya bekerja sebagai tukang cuci dan saya pula sentiasa memberontak kerana perlukan wang untuk membeli dadah.

"Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjual dadah secara kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan membeli bahan terlarang itu untuk kegunaan sendiri.

"Tahun demi tahun saya semakin hanyut dengan perbuatan tidak berfaedah itu, namun ia bukan menjamin kebahagiaan malah semakin parah," katanya yang sudah empat tahun diberi kepercayaan mengurus sebuah kedai makan di bandar raya ini.

Azman mengakui, dia sudah lima kali dipenjarakan selain dua kali ke pusat pemulihan akibat kesalahan dadah, namun ia tidak mendatangkan keinsafan dalam dirinya.

Katanya, keinsafan mula timbul selepas melihat susuk tubuh emaknya yang sudah berusia masih gigih mencari rezeki bagi menyara keluarga dan ia membuatkan dirinya ingin bebas daripada najis dadah.

Dengan bantuan bapa saudaranya, Azman kemudian rela hati ke Pusat Khidmat Pulih dan Rawat (CCSC) kelolaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

"Alhamdulillah, selepas mendapat rawatan disediakan saya kini bebas daripada penyalahgunaan dadah dan boleh kembali ke pangkuan masyarakat.

"Dengan kepercayaan diberikan pemilik kedai makan ini, saya kini menguruskan kedai ini sejak tiga tahun lalu.

"Saya banyak melakukan dosa dengan emak, namun mujur saya diberi peluang kedua dan kini saya ingin membalas jaya emak yang banyak berkorban untuk saya," katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana ditempatkan di CCSC satu masa dahulu kerana di pusat berkenaanlah dia mampu mengubah tabiat buruknya itu.

Justeru, katanya, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang terjebak penyalahgunaan dadah, jangan sisih mereka sebaliknya rujuk kepada pusat pemulihan yang boleh membantu.
https://www.bharian.com.my/berit ... h-sekarang-pengurus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.066510 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list