|
Tiga lelaki Orang Asli dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan merogol remaja Orang Asli di Bukit Ibam, Muadzam Shah. NSTP/ FARIZUL HAFIZ AWANG
KUANTAN: Tiga lelaki Orang Asli didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol seorang gadis Orang Asli berusia 14 tahun.
Bagaimanapun, tiga tertuduh terbabit, Rosli Bakar, 29; Helmat, 22; dan Murad Ahmad, 26, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan rogol berkumpulan terhadap mangsa di hutan simpang kawasan perkuburan lama Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin antara jam 11.15 malam 20 Ogos hingga jam 7 pagi keesokannya.
Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu penjara tidak kurang antara 10 tahun hingga 30 tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhamad Saifudin Ab Rahman.
Ketika prosiding, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ketiga-tiga tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Pekan semalam mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh membabitkan mangsa sama.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 29 September depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
https://www.bharian.com.my/berit ... ngaku-salah-merogol |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|