CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 0

[Sarawak] Semangat kebangsaan dan patriotisme rakyat Sarawak tinggi

[Copy link]
Post time 1-9-2022 01:27 AM | Show all posts |Read mode
BETONG: Rakyat Sarawak menuntut supaya hak dan keistimewaan Sarawak dihormati dan diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan tetapi ia tidak bermakna rakyat Sarawak tidak mempunyai semangat kebangsaan dan patriotisme yang tinggi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata anak Sarawak dalam arena sukan seperti Pandelela Rinong dan Gustin Bonnie Bunyau berjuang bermatian-matian agar lagu kebangsaan Negaraku boleh berkumandang di arena antarabangsa.

"Orang Sarawak juga berbangga apabila pemain badminton beregu negara, iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memenangi kejohanan dunia di Tokyo tiga hari yang lepas.

"Seperti kita sedia maklum, negara ini terbentuk apabila tiga wilayah bersetuju untuk bergabung menjadi sebuah negara berdasarkan Perjanjian MA63 dan Inter-Government Committee Report atau IGC yang memberi keistimewaan kepada wilayah Sarawak dan juga Sabah.

"Selepas 59 tahun penubuhan Malaysia dan dalam pada semua rakyat Malaysia perlu memahami konsep Persekutuan dan mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi, perlu juga supaya keistimewaan atau hak Sarawak tidak dipersoalkan tetapi langkah-langkah diambil untuk menghormati apa yang telah dipersetujui oleh para pemimpin terdahulu," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Perhimpunan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2022 yang dirasmikan Yang diPertua Negeri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta dihadiri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi yang juga Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Kebangsaan Sambutan Hari Kebangsaan 2022di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Stephen Kalong Ningkan di sini, hari ini.


Tun Taib meletakkan bendera sebagai simbolik perasmian Hari Kebangsaan peringkat negeri di Betong. Turut kelihatan Abang Johari, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Julaihi. - Gambar Penerangan.
Abang Johari berkata, sebagai sebahagian daripada Persekutuan Sarawak harus akur bahawa ada kuasa yang berada pada Kerajaan Persekutuan, ada kuasa dan hak di bawah Kerajaan Sarawak dan ada kuasa bersama.

Namun katanya apa yang pasti harus ada bentuk kerjasama dan kolaborasi antara pihak Persekutuan dan pihak negeri supaya pembangunan dapat dilaksanakan dengan licin.

"Tanpa kerjasama yang erat antara Negeri dan Persekutuan seperti berlaku pada tempoh 22 bulan ketika di bawah pentadbiran Kerajaan PH (Pakatan Harapan), yang akan rugi akhirnya ialah rakyat.

"Pada kebelakangan ini saya menerima kunjungan daripada beberapa orang menteri di peringkat Persekutuan dan saya menerima mereka dengan hati yang terbuka untuk berkerjasama demi kepentingan Sarawak dan negara keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata Sarawak sentiasa terbuka untuk berkerjasama demi kepentingan dan manfaat semua pihak dan rakyat namun jika ada pertikaian mengenai kuasa dan hak negeri atau Persekutuan, mahkamah harus menjadi penentu kebenarannya.

Justeru kata Abang Johari apabila Sarawak menuntut cukai atau SST (cukai jualan negeri) ke atas produk petroleum dari Sarawak, penyelesaiannya telah ditentukan oleh mahkamah bahawa Sarawak ada hak mengenakan SST.

"Setakat ini sejak 2019, Sarawak telah memungut RM8 bilion SST dan dengan harga minyak mentah yang telah meningkat pasti SST bagi tahun ini akan juga meningkat.

Pendapatan Sarawak yang meningkat kembali kepada rakyat melalui perlaksanaan pelbagai program pembangunan dan bantuan kepada rakyat," tegasnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Kerajaan Sarawak juga bersedia untuk menjalin kerjasama dengan pihak pelabur dari luar negara seperti Korea dan Jepun untuk membangunkan ekonomi hidrogen di negeri ini.

"Pada hujung minggu ini saya akan berkunjung ke Korea untuk mengeratkan kerjasama dengan pihak pelabur di sana.

"Pada bulan Oktober, saya akan memenuhi undangan ke Jepun untuk berkongsi pandangan mengenai hidrogen sebagai sumber bahan bakar baru ke arah transisi tenaga daripada bahan bakar karbon kepada bahan bakar tanpa karbon sebagai mendokong usaha dunia mengatasi perubahan iklim dunia," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/31/semangat-kebangsaan-dan-patriotisme-rakyat-sarawak-tinggi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.200618 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list