CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Kelantan] Budak kaki dipotong akibat ditimpa besi rindu hendak bersekolah

[Copy link]
Post time 1-9-2022 01:35 PM | Show all posts |Read mode

YUSNITA Che Soh melawat Shahrul Rizal yang kaki kiri dipotong akibat kecederaan teruk selepas dihempap besi Konkrit. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Pasir Puteh: "Saya rindu untuk kembali ke sekolah selepas lebih sebulan tidak belajar selain mahu berjumpa rakan."

Demikian luahan Mohd Shahrul Rizal Azizi, 12, yang kaki kirinya dipotong akibat kecederaan teruk selepas dihempap besi pada kemalangan membabitkan lapan kenderaan dan 21 basikal di Jalan Kamunting di sini, 14 Julai lalu.

Pada kejadian itu, ibu Mohd Shahrul, Yusni Abdul Hamid, 33, meninggal dunia akibat kecederaan parah dialami.


Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, walaupun dia sudah tidak sempurna seperti dulu namun dia tetap bersemangat untuk kembali ke sekolah.

"Lebih sebulan saya berada di hospital dan baru seminggu dibenarkan pulang ke rumah. Saya sudah boleh bangun malah bahagian kaki yang dipotong juga sudah berasa sakit lagi.

"Ada juga rakan yang datang berjumpa dengan saya setiap petang. Namun saya terlalu rindu suasana di sekolah walaupun sudah tidak mampu bermain bola sepak seperti dulu," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Gong Kala di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, seorang wanita meninggal dunia, empat cedera termasuk seorang parah, akibat kemalangan membabitkan lapan kenderaan dan 21 basikal, jam 9.05 pagi, 14 Julai lalu.

Pada kejadian itu, sebuah lori yang membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap kenderaan lain.

Datuk Mohd Shahrul, Abdul Hamid Mohd Ali, 62, berkata, dia dengan dibantu anaknya yang lain kini menguruskan Mohd Shahrul serta dua adiknya.

"Alhamdulillah, selepas lebih sebulan, akhirnya cucu dibenarkan pulang. Setakat ini tiada apa yang merumitkan memandangkan Mohd Shahrul seorang yang kuat semangat.

"Setiap dua hari, Mohd Shahrul akan dibawa ke klinik untuk mencuci luka. Saya juga berharap cucu saya kembali sihat dan dapat ke sekolah semula," katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang Yusnita Che Soh berkata, sekolah akan memberi keistimewaan kepada Mohd Shahrul sekiranya dia kembali ke sekolah.

"Memandangkan keadaan Mohd Shahrul, kami akan memindahkan kelas murid berkenaan ke tingkat bawah bagi memudahkan proses pembelajaran.

"Pengurusan sekolah mendoakan Mohd Shahrul kembali pulih dan kembali bersekolah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-hendak-bersekolah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.088311 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list