CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 0

[Kelantan] Enam nelayan Vietnam ‘curi’ ikan dicekup

[Copy link]
Post time 1-9-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode

NELAYAN asing Vietnam ketika diperiksa anggota Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. -IHSAN MARITIM MALAYSIA

    Oleh TOREK SULONG
    1 September 2022, 3:54 pm

PASIR PUTEH : Sekumpulan enam orang nelayan warga Vietnam dicekup semasa mereka sedang menangkap ikan secara haram di lokasi 55 batu nautika dari kawasan muara Tok Bali di sini kelmarin.

Bot yang dikemudi oleh seorang tekong dan lima awak-awak itu dikesan berada di perairan negara dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 6.10 petang semasa dua buah bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menjalankan Op Khas Naga Barat, Op Khas Gamat dan Op Damai.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, menyedari kehadiran bot peronda APMM, bot yang dinaiki kesemua nelayan itu terus bertindak melarikan diri.

Menurutnya, bagaimanapun, bot peronda APMM berjaya memintas bot tersebut kira-kira 25 minit kemudian sebelum terus menjalankan pemeriksaan.

“Kesemua nelayan berusia antara 32 hingga 52 tahun yang ditahan itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan permit kebenaran untuk menangkap ikan di perairan negara.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, mereka sudah menangkap sebanyak 1.1 tan ikan secara haram. Selain tangkapan ikan, kita turut merampas bot kira-kira 500 liter minyak diesel dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM365,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Nor Adli memberitahu, bot dan kesemua suspek dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan di sini kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Katanya, kesemua nelayan ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes akan turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan negara dan Seksyen 16 (3) akta yang sama. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/terkin ... -curi-ikan-dicekup/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.402363 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list