CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 1

[Terengganu] Keadaan kelam-kabut dengan tangisan, jeritan pengunjung

[Copy link]
Post time 3-9-2022 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: "Keadaan ketika itu sangat kelam-kabut dengan tangisan dan jeritan pengunjung apatah lagi air juga sangat deras," kata Tuan Abdul Basir Tuan Nik Abdul Khalil, 33.

Tuan Abdul Basir atau mesra dipanggil Basir adalah antara individu yang membantu menyelamatkan kira-kira 10 mangsa yang berada di sungai dalam kejadian kepala air di Lata Ulu Kasar, Setiu kira-kira jam 5 petang semalam.

Ketika menceritakan kejadian itu, Basir berkata, dia bersama ahli keluarganya sebelum itu mandi di kawasan berkenaan namun mengambil keputusan naik selepas melihat keadaan air yang keruh.


Katanya, dia yang berasa tidak sedap hati mengajak dua rakan melihat keadaan sebelum ternampak ada pengunjung berada di dalam air.

Dia berkata, keadaan ketika itu hujan renyai-renyai dan air sangat deras namun dia bersama dua rakan segera mencari tali untuk membantu kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku termasuk risiko dihanyutkan.

"Selain saya dan dua rakan, beberapa pengunjung yang lain turut sama membantu menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan mereka yang terkandas.

"Kami berjaya menghulurkan tali kepada mereka namun belum sempat kami menarik mereka ke atas, tali tercabut menyebabkan mereka dihanyutkan air.

"Mujurlah, kesemuanya dibawa ke tebing sungai dan berjaya diselamatkan pengunjung lain yang berada di sana," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Losong Dato Amar, di sini, hari ini.


TUAN Abdul Basir menunjukkan video semasa menceritakan pengalaman menyelamatkan mangsa fenomena kepala air di Lata Ulu Kasar semalam. FOTO Ghazali Kori

Basir berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan lebih 50 pengunjung terperangkap tiga jam di kawasan berkenaan sebelum diselamatkan pasukan bomba jam 8.40 malam.

"Kami terpaksa menunggu di situ kerana ada laluan keluar daripada kawasan perkelahan itu dinaiki air," katanya.

Dia berkata, dia bersama 19 ahli keluarga yang menaiki empat kereta sebelum itu tiba di kawasan perkelahan berkenaan jam 3.30 petang.

"Kami memang selalu ke sini cuma semalam perkelahan kami ke sini tidak dirancang dan berlaku secara spontan.

"Biasanya saya juga akan letak kereta berhampiran tebing sungai tetapi semalam ahli keluarga yang sampai lebih awal mengajak saya meletakkan kereta di kawasan parkir.

"Mujurlah saya tak letak kereta di kawasan berhampiran tebing sungai, jika tidak mungkin kenderaan saya juga dihanyutkan," katanya.

Media semalam melaporkan seramai 32 mangsa yang berkelah di Lata Ulu Kasar berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang itu turut menyebabkan dua kereta iaitu Perodua Aruz dan Proton Savvy hanyut dibawa arus deras.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pengunjung-metrotv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2022 02:07 PM | Show all posts
32 mangsa terperangkap, kereta dihanyutkan kepala air
Zatul Iffah Zolkiply


KEJADIAN kepala air di Lata Ulu Kasar, Setiu. FOTO Ihsan Pembaca

Kuala Terengganu: Seramai 32 pengunjung yang berkelah di Lata Ulu Kasar, Setiu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 5 petang itu turut menyebabkan dua kereta, iaitu kereta Perodua Aruz dan Proton Savvy hanyut dibawa arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu Mohd Razli Rapaie berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 5.30 petang sebelum 17 anggota daripada BBP Setiu dan BBP Kuala Nerus ke lokasi bersama dua jentera, sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda.


Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati ada kenderaan yang dihanyutkan arus.

"Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan seramai 32 mangsa termasuk 13 kanak-kanak selamat.

"Kesemua mangsa dihantar ke Masjid Merbau Menyusut oleh pasukan bomba dan orang awam," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial pengunjung berdepan detik cemas selain enam kereta hampir tenggelam dalam kejadian kepala air di kawasan Lata Ulu Kasar, Setiu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anyutkan-kepala-air
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.048301 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list