View: 388|Reply: 0
|
[Kelantan]
Pelajar, kelindan lori ditahan babit kejadian rogol, liwat
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Polis menahan dua pelajar dan seorang kelindan lori dipercayai terbabit dalam kejadian rogol dan liwat pelajar sekolah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata tangkapan itu dilakukan susulan pihaknya menerima tiga laporan berkaitan kejadian itu membabitkan mangsa tiga pelajar perempuan pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Katanya, dua daripada kejadian rogol terbabit berlaku di kawasan sekolah yang sama, namun membabitkan mangsa serta suspek berbeza.
"Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati, kejadian itu dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing.
"Tiga suspek lelaki berusia 17 hingga 19 tahun yang juga pelajar dan kelindan lori sudah ditangkap.
"Hasil ujian saringan awal dadah terhadap kesemua suspek adalah negatif dadah dan tiada rekod lampau. Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan sebatan.
"Bagi kesalahan dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan.
"Pelbagai usaha dan inisiatif akan dijalankan oleh pihak polis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan mengadakan kempen kesedaran jenayah dan ceramah yang dijalankan di peringkat sekolah.
"Pihak polis juga ingin menasihatkan kepada masyarakat di luar sana khasnya ibu bapa untuk memantau kegiatan atau aktiviti anak masing-masing bagi mengawal dan mengawasi tingkah laku anak-anak selain peranan pihak sekolah serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam menangani jenayah berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ejadian-rogol-liwat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|