CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 0

[Terengganu] 35,000 dijangka bercuti di rumah bot Tasik Kenyir

[Copy link]
Post time 6-9-2022 12:49 PM | Show all posts |Read mode

SALAH sebuah rumah bot yang baru beroperasi di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI


HULU TERENGGANU: Seramai 35,000 pengunjung dijangka meng­gunakan perkhidmatan rumah bot dan bot laju di destinasi pelancongan Tasik Kenyir, di sini sepanjang musim cuti sekolah selama seminggu bermula Jumaat lalu.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, A. Aziz A. Rahim, 50, berkata, jumlah pengunjung itu berdasarkan tempahan yang diterima 71 pengusaha rumah bot dalam tempoh tersebut.

Katanya, jumlah rumah bot yang beroperasi di tasik itu adalah sebanyak 80 buah manakala jumlah bot laju pula 42 buah.

“Melihat kedatangan pengunjung yang sesak sejak awal musim cuti sekolah, kita jangka kira-kira 35,000 pelancong bercuti menggunakan perkhidmatan rumah bot dan bot laju dengan mengunjungi destinasi menarik di Tasik Kenyir,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di sini, semalam.

Menurutnya, seramai 200,000 pengunjung menaiki rumah bot yang direkodkan bermula Januari hingga Ogos lalu dengan purata antara 25,000 hingga 30,000 orang setiap bulan.

Bagaimanapun, katanya, bagi bot laju pula pihaknya tidak mempunyai data kerana kebanyakan pelancong datang secara walk in (datang terus). –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... h-bot-tasik-kenyir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.159792 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list