Post Last Edit by tombiruo69 at 2-10-2010 14:05
Asalamualaikum,
To all cari members, aku forumer baru kat sini.. dah lama dok baca2 tapi belum register jer, sebab beberapa tahun lepas aku berkali2 register tapi tak dapat. So ni baru je register.. Cuma nak share kat sini beberapa info yang berguna untuk semua.
Blan lepas aku duk sibuk cari kereta, aku ni kerja sendiri so takda la payslip semua kan.. so cari forum ni antara ensiklopedia yang amat berguna untuk aku buat research dalam pembelian kereta ni. Tapi aku belum jumpa solid information yang terbukti berkesan untuk sapa yang kerja sendiri tapi nak wat loan kereta. Tanda terima kasih kepada semua forumer2 cari yang banyak bagi info, aku pun terpanggil untuk share info aku ni.
Al kisahnya begini, aku submit loan kereta aku minggu lepas,dalam 3 hari bank call, esok tu dah lulus. Memula tu ada jugak submit kat bank lain tapi reject, biasalah tu kan..janji keep on trying and doa. Ramai yang kata kereta ni liability, tapi bagi sapa yang kerja sendiri.. memiliki kereta idaman adalah satu motivasi untuk kita terus kerja kuat! Betul tak?
Okay, ini apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan loan kita mudah lulus oleh bank pada yang sapa2 tak kerja makan gaji, khususnya yang syarikat sdn bhd. (enterprise lagi senang sebab boleh pakai akaun personal,apply atas nama company – syaratnya dah beroperasi lebih bebrapa tahun).
Okay info bawah ni adalah berdasarkan eksperimen yangterbukti berkesan oleh aku sendiri:
Kita buat contoh korang nak beli kereta harga RM110,000. 10 Ribu sebagai downpayment – Loan RM100k (kalau nasib baik,dapat kereta yang value lebih rendah dari market, boleh buat loan sampai 100%) Cth BMW 318 e46, harga kat bank dalam 90ribu, korang dapat harga 75 ribu, memang boleh buat full loan sampai RM80ribu.. siap dapat cash 5 ribu untuk setel duit roadtax insuran semua!
Okay loan RM100k, installment untuk 7 tahun lebih kurang RM1500(interest rate 4.5) sebulan
So bank nak tahu, income korang mesti RM1500X3 = RM4500 minimum.
Langkah2 seterusnya;
1. Make sure dalam masa 3 bulan (lebih lagi bagus), dalam personal akaun bank anda masukkan RM4500-5000 setiap bulan. (tarikh lebih kurang sama setiap bulan untuk anda masukkan, contohnya 27/6 - 28/7 - 29/8. Nak keluarkan duit tu takpa, tapi biarkan ada balance yang cantik.. kalau takyah keluar langsung lagik cantikkk... ramai yang kata balance tak penting,sebenarnya balance AMAT PENTING untuk yakinkan bank. Dalam kes saya, saya bawak keluar 2-3 ratus je, yang lain biarkan. So balance memang nampak berlambak. Print bank statement anda dari internet banking, atau pergi bank untuk dapatkan.
2. Dari syarikat anda, katakanlah ABC Sdn Bhd, keluarkan satu surat tawaran (mesti date dia lebih dari 6 bulan lepas) – surat tawaran itu mengatakan anda dilantik sebagai CEO ke Pengarah Urusan ke ape ke.. tak kisah lah.. mintak partner anda sign. Cth surat tawaran? Google banyak!
3. Buat payslip sendiri untuk 3 bulan yang anda masukkan duit tu. Guna letterhead company, ada column sikit, tulis basic 4500, elaun 500.. pandai2 lah nak bagi cantik. EPF dan SOCSO usah pedulikan. (google pun ada contoh) INGAT!! Tarikh payslip mestilah tele dgn tarikh duit masuk,seeloknya awal 2 hari, lepas tu tulis kat payslip tu – payment method via cheque. Then, amik company cop.. cop payslip anda.
4. Sediakan Form 9, 49 dan 24.. (ini untuk sahkan bahawa anda pengarah syarikat tersebut)
5. Bagi yang ada office, no problem.. bank akan call office standby la sapa2 untuk jawab setakat pengesahan sahaja. Bagi yang takda office, bila bank call.. jgn kelentong! cakap je terus terang i work from home, i dont need an office..citerkan kepada dia keadaan kerja/business anda. (ye lah contohnya kalau jadi mak andam, pasang pelamin kenapa pulak nak ada office kan?) Bank akan mintak reference, contohnya partner anda. Bagi juga company secretary punya nombor kepada bank sebagai reference.
6. Guarantor – kalau ada memang cantik. Saya memang pakai guarantor.. untuk pengetahuan, guarantor ni tak perlu pun gaji lagi tinggi dari kita.. guarantor saya gajinya Cuma 1/3 gaji saya. Dia kerja dekat syarikat yang establish jugak.. so okay la. Kalau boleh cari guarantor yang ada kerja tetap dan establish, government lagik bagus.
7. Last sekali, kalau anda pernah ada record buat loan atau credit card dgn bank dan payment nya amat cantik.. Inshallah memang laju sgt bank lulus. Mcm saya ni, tak pernah buat loan so jadinya ada bank yang reject sbb tak pernah ada track record. (kalau trackrecord buruk tu susah sikit la).Tapi alhamdulillah saya punya approve jugak walaupun takda track record. Tambahan sedikit, mak saya dah pencen dah pun, takda payslip, bank statement pun tak hebat mana.. tapi boleh beli kereta dekat harga 100 ribu lagik, sebab 5 kereta yang dia beli sebelum ni payment memang ON TIME.
8. Cukupkan segala apa yang diperlukan, submit, doa dan sabar. Satu lagi yang penting, make sure Sales Agent anda bagus dan betul2 nak tolong)Dalam kes saya ni, puas saya mencari Sales Agent yang bagus.Memula dah dapat satu SA ni, dah bayar booking pun.. tapi nak tanak je push bank untuk loan kita. Mcm2 hal bunyinya. Mintak guarantor lagik satu la apela... jadi saya cancel kan aja. Akhirnya jumpa satu.. dia ni yang tolong naik turun bank hari2 untuk follow up. Hari pertama dan kedua tu, berapa banyak kali dia call saya tanya bank dah call untuk interview belum, bila saya cakap belum je dia terus kejar bank tu. Memang first class, walaupun kadang2 tu dia ni jenis lambat return call, dia akan tetap return jugak call kita dgn update terkini. Orangnya pun jujur. Puas hati tgk ada jugak orang Melayu yang jadi SA kereta dan bersungguh (dia pun pakai kereta boleh tahan hebat).... kalau sesapa nak contact dia ni boleh la pm saya.. saya cuba tanya dia..
so... saya harap info saya ni sedikit sebanyak boleh membantu mana2 forumer yang kerja sendiri.. apa2 pun Allah Maha Kuasa mengatur segala urusan.. jangan lupa doa banyak2.
good luck and all the best
|