View: 358|Reply: 0
|
[Terengganu]
Wujudkan sistem amaran kepala air
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. Lata Ulu Kasar di Setiu menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga ketika cuti persekolahan. FOTO arkib NSTP
Kuala Terengganu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menyarankan pihak berkaitan mewujudkan sistem amaran dan memperbanyakkan papan tanda mengenai bahaya serta petanda kepala air di kawasan perkelahan dan rekreasi yang berisiko.
Pengarahnya Md Hilman Abd Rashid berkata, langkah itu disyorkan supaya masyarakat lebih peka dengan insiden kepala air yang mungkin berlaku di kawasan dikunjungi.
Beliau berkata, kewujudan sistem amaran dan papan tanda itu juga dapat memberi amaran awal kepada pengunjung untuk mengambil tindakan sekiranya kejadian kepala air berlaku seterusnya dapat mengelak berlakunya insiden yang tidak diingini.
Katanya, pemasangan sistem amaran atau siren kecemasan itu antara yang disyorkan oleh jawatankuasa keselamatan di air untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan.
"Kita (JBPM) sendiri ada meletakkan papan tanda keselamatan inidi beberapa lokasi yang berisiko dan menjadi tumpuan tetapi malangnya ada yang dirosakkan.
"Kita akan pasang lagi sebagai peringatan kepada pengunjung untuk sentiasa berwaspada apabila melakukan aktiviti di air terutama di kawasan-kawasan berisiko.
"Kita juga akan mencadangkan kepada pihak berkaitanuntuk meletakkan papan tanda amaran di kawasan tumpuan ramai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu, JBPM Terengganu mengenal pasti 22 kawasan perkelahan dan rekreasi yang berisiko berlaku kejadian kepala air di lima daerah di negeri ini.
Ia membabitkan kawasan air terjun dan sungai yang sering menjadi tumpuan ramai terutama ketika cuti sekolah dan hujung minggu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-amaran-kepala-air |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|