|
Lelaki yang membaling objek ke arah pengguna jalan raya di sekitar Jalan Hamzah dan Lembah Sireh ditahan polis. FOTO Ihsan pembaca
Kota Bharu: Lelaki yang bertindak membaling objek ke arah kenderaan dan pengguna jalan raya di sekitar Jalan Hamzah dan Lembah Sireh, di sini, sudah ditahan polis, hari ini.
Suspek ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pihak polis di Jalan Hamzah pada 8.40 pagi.
Terdahulu, tular beberapa rakaman video di laman Facebook menunjukkan suspek membaling objek termasuk tong sampah ke arah penunggang motosikal dan kereta hingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya di lokasi itu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima aduan video yang tular di laman sosial berkaitan seorang lelaki tidak siuman membaling objek ke arah kenderaan yang melalui lampu isyarat Kijang, Jalan Hamzah.
Katanya, hasil semakan terhadap video itu, tercatat tarikh rakaman dibuat iaitu 5.34 petang pada 6 September lalu.
"Susulan itu, pihak polis mengambil tindakan iaitu mengarahkan anggota Task Force Balai Polis Kota Bharu pergi ke lokasi kejadian semalam dan hasil pemerhatian selama 30 minit mendapati tiada kelibat lelaki terbabit.
"Selain itu, anggota Unit Pelancong dan Rondaan Cegah Jenayah serta anggota bertugas membuat rondaan berkala di lokasi untuk membuat pemantauan bagi menangkap suspek.
"Anggota Task Force terserempak dengan suspek, pagi tadi dan cuba menangkapnya tetapi turut dibaling dengan batu sebelum lelaki itu berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan," katanya menerusi kenyataan, di sini.
Katanya, suspek kemudian dirujuk ke hospital untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... objek-sudah-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|