CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Pahang] 12,500 anggota bomba bantu musim hujan

[Copy link]
Post time 13-9-2022 04:24 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba memantau di kawasan berisiko banjir sebagai persediaan menghadapi monsun laut dan air pasang besar di Pengkalan Nelayan Tok Muda Kapar, Klang, hari ini. - Foto BERNAMA

KUANTAN: Seramai 12,500 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, berkata anggota berkenaan dari 332 Balai Bomba dan Penyelamat seluruh negara.

Selain itu, katanya, tambahan 3,200 anggota yang bertugas pada waktu pejabat turut dikerah membantu operasi sepanjang musim tengkujuh itu.

Beliau berkata, anggota itu ialah Pegawai Penguat kuasa, Pegawai Pemeriksaan Bangunan, Pegawai Latihan, Pegawai Penyelidik dan anggota di Akademi Bomba dan Kejuruteraan Malaysia.


Bagi persiapan dan kelengkapan aset pula, katanya, sebanyak 1,808 aset membabitkan kenderaan darat, air dan udara disediakan.

"Daripada jumlah itu, 1,400 aset membabitkan kenderaan darat, 400 kenderaan dan peralatan air dan lapan helikopter.

"Kesiapsiagaan ini susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu tahap kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut diaktifkan di peringkat daerah, negeri dan nasional.

"Sekiranya sesuatu berlaku banjir ekstrem atau bencana lain yang mungkin memudaratkan kawasan terbabit, kita akan menggerakkan anggota negeri berdekatan membantu daripada segi logistik.

"Sebagai contoh, jika berlaku di Pahang, aset dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan akan membantu," katanya.

Mohammad Hamdan berkata demikian selepas Majlis Perkhidmatan Cemerlang JBPM Pahang Tahun 2021 di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JBPM Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa dan Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Mohd Zahar Abdullah.

Mengenai pangkalan hadapan yang disasarkan sebagai kawasan hot spot di negeri Pantai Timur, beliau berkata, JBPM sedang mengenal pasti kawasan yang lazim berlaku banjir.

"Kita akan menggerakkan pangkalan hadapan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Wakaf Tapai, Terengganu.

"Ini akademi ini boleh menempatkan pesawat, jentera berat dan logistik marin dan bot dalam memudahkan bantuan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-bantu-musim-hujan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053858 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list