CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Kelantan] KPDNHEP rampas barang tiruan hampir RM70,000

[Copy link]
Post time 13-9-2022 04:31 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia (tengah) memeriksa beg tangan tiruan yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan pada sidang media di Stor Penyimpanan KPDNHEP Terengganu di Chendering hari ini. - foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas 3,461 pakaian dan beg berjenama disyaki tiruan bernilai RM68,040 di tiga premis berasingan semalam.

Semua rampasan hasil serbuan di Kuala Terengganu dan dua premis di Kuala Berang jam 2 petang.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia, berkata serbuan dilakukan hasil laporan daripada pemilik cap dagang berdaftar yang mengesyaki barangan yang diniagakan menerusi platform media sosial adalah tiruan.

"Bermula daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya, kita perhatikan kebanyakan peniaga menggunakan platform media sosial seperti Tik Tok dan Facebook untuk mempromosi dan menjual barangan dengan premis berkenaan dijadikan stor untuk menyimpan barangan.


"Dalam serbuan ini, kita menahan dua pemilik iaitu masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 30-an," katanya pada sidang media di Stor Eksibit KPDNHEP Terengganu di sini hari ini.

Saharuddin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.

Dalam pada itu, Saharuddin berkata, pihaknya turut menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik peniaga yang yang cuba mengambil keuntungan dengan cara mudah.

Katanya, KPDNHEP juga mengalu-alukan kerjasama daripada pengguna untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku atau aduan melalui saluran sedia ada.

"Ia bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ruan-hampir-rm70000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.412833 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list