|
OBB berusia 37 tahun yang menghilangkan diri sejak petang semalam. FOTO IHSAN PEMBACA
Kota Bharu: Lelaki yang juga Orang Bebas Berlesen (OBB) didapati menghilangkan diri, semalam selepas bekerja di sebuah premis di Padang Tembak, di sini, sejak sebulan lalu.
Kehilangan lelaki berusia 37 tahun berkenaan disedari majikannya selepas dia tiada di premis kerja.
Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, lelaki itu menjalani hukuman penjara selama 10 bulan atas kesalahan dadah berada di bawah pengawasan parol untuk menjalani Program Pemulihan Dalam Komuniti.
Menurutnya, dia dikesan hilang sejak petang semalam sebaik dihubungi majikannya yang menyedari OBB itu tiada di premis kerja.
"Lelaki itu baharu dibebaskan dari Pusat Koreksional Machang sejak sebulan lalu dan kini dalam tempoh pengawasan di bawah Program Pemulihan Dalam Komuniti.
"Dia bakal dibebaskan sepenuhnya tidak lama lagi dan kami sedang mengesannya. Laporan polis akan dibuat jika dia gagal ditemukan dalam tempoh 48 jam," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pihaknya menasihati orang ramai tidak terlalu mempercayai dan menyebarkan berita tidak sahih selain bekerjasama menghubungi Perkhidmatan Komuniti Kota Bharu sekiranya mempunyai maklumat mengenai OBB berkenaan.
Sejak semalam, tular mengenai seorang lelaki yang dikatakan melarikan diri dari penjara dan dipercayai berada di Gua Musang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... langkan-diri-diburu |
|