CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 1

[Terengganu] Bayaran hanya seikhlas hati

[Copy link]
Post time 14-9-2022 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Marang: "Tiada bayaran khusus (untuk penghantaran jenazah) dikenakan, malah untuk asnaf adalah percuma, manakala bayaran hanya seikhlas hati untuk golongan berkemampuan."

Begitu kata Che Mohd Ibrahim Che Ghani, 42, yang menguruskan Persatuan Kebajikan Pengurusan Jenazah Warga Terengganu (PJWT) di mana mereka sudah menguruskan sebanyak 861 jenazah membabitkan perjalanan ke seluruh negara sejak 1 Januari 2021.

Che Mohd Ibrahim dari Kampung Rhu Muda, dekat sini, berkata sehingga kini persatuan mempunyai enam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berfungsi sebagai van jenazah.

Katanya, kenderaan jenazah berkenaan masing-masing dua buah ditempatkan di daerah Kemaman dan Bukit Payung, Marang, manakala sebuah di daerah Kuala Nerus dan sebuah dikendalikannya sendiri bertempat di Bandar Marang.

"Ini adalah perjalanan hakiki menuju 'negara abadi' dan pekerjaan ini perlu dipikul dengan penuh amanah kerana membabitkan sumbangan orang ramai yang disalurkan supaya sampai kepada golongan sasar.

"Kami tidak mementingkan soal bayaran semata-mata dan ia adalah satu gabungan antara NGO yang terbabit dalam urusan van jenazah seluruh negara," katanya yang lebih mesra dipanggil Ayah Mat dalam kalangan penduduk setempat.



CHE Mohd Ibrahim melihat kelengkapan yang akan digunakan bagi menjalankan kerja mandi dan kafan jenazah. FOTO Nazdy Harun

Menurutnya, gabungan NGO ini dilihat lebih praktikal kerana jarak perjalanan antara negeri dapat dipendekkan.

Katanya, sebagai contoh, sekiranya dia dalam perjalanan membawa jenazah ke Kuala Lumpur, namun hanya perlu menghantar ke sempadan Pahang sebelum NGO di negeri itu mengambil jenazah untuk urusan dihantar ke destinasi terakhir.

"Kaedah itu lebih menjimatkan masa dan tenaga selain dapat menguruskan jenazah lain sekiranya khidmat diperlukan di kawasan masing-masing.

"Perkhidmatan (penghantaran jenazah) ini percuma bagi golongan asnaf, namun bagi waris yang berkemampuan dan ingin mendapat khidmat van jenazah ini tidak ditolak dan kami menerima sumbangan seikhlas hati.

"Ini adalah amanah penyumbang dan saya bersama rakan melakukannya dengan seikhlas hati tanpa upah, manakala bayaran seikhlas hati itu digunakan untuk pelbagai keperluan antaranya petrol, baik pulih kenderaan dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, perkhidmatan berkenaan tersedia 24 jam dan pihaknya akan membantu waris yang memerlukan bantuan untuk urusan dari satu lokasi seperti hospital atau rumah hingga ke hentian terakhir iaitu tanah perkuburan.

"Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana ramai individu sedia menyumbang wang ringgit dan sebagainya kepada persatuan bagi membantu golongan sasar," katanya yang juga pemandu van jenazah sepenuh masa.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ikhlas-hati-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 04:54 PM | Show all posts
............................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.224509 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list